Powered By Blogger

Thursday, March 8, 2012

:: wanita ::

Kepada semua wanita dalam family aku, aku nak ucapkan Selamat Hari Wanita.

Especially untuk mak aku. I love u, mak! Muah muah! Hehe
Kepada kakak-kakak & adik perempuan aku, sila belanja aku minggu ni, ok?

Kepada pensyarah-pensyarah, cikgu-cikgi, kazen mazen, kawan-kawan, bekas awek dan semua wanita di seluruh planet bumi ni, Selamat Hari Wanita jugak!

p/s : who run this mother?? - beyonce

Monday, March 5, 2012

:: main masak-masak ::

HªHªHª amacam gambar makanan aku?
Ni semua home made, k..
Siapa masak?
Aku jugak...
Siapa makan?
Aku jugak... (& budak-bdak umah aku.heee)
Siapa kenyang?
Aku jugak...

Ada cucur ikan bilis, ada ayam masak kunyit, ada bubur ayam, ada roti hotdog... Semua ni aku yg masak... Jangan ingat aku pandai melawa je.. Eh, lawa ke? HªHªHª

Aku akan masak, bila :
1. Rajin menerjah ke dalam diri.
2. Aku 'jiwa kacau'.
3. Aku rasa nak makan favourite food.
4. Aku nak buat someone rasa special :
5. Aku lapar laaaaa... For sure la, kan...

Mee jawa tak keluar lagi! Hehe.. Sabau ye housemates ku...

p/s : makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.

Saturday, March 3, 2012

At last aku dapat gak ke tempat yang tak pernah jemu untuk aku mengisi perut... Ahhhhhhhhhhhhhh erk!

Amacam rupa mcd kat sibu ni?
Tak kisah la macam mana rupanya, kan... Janji perut aku happy!

:: cinta = matematik ::

Tengah aku golek-golek atas katil aku yang macam katil hotel ni, aku cam nak merepek dengan rumus matematik.

Ambil matematik tambahan tak masa sekolah menengah dulu? Ingat lagi (x+y), (x-y) (2x+y) = 0 ? Hahaha. Dulu aku pernah terfikir, nape la semua ni wujud. Nak kira apa je kan... Tapi biar je la... Benda dh lepas... Matematik tambahan aku pun dapat B... Ok la kan? Hahaha

Jom refresh balik :
(x+y) = 0
Masa awal perkenalan.
x = couple korang, y = korang.
Maka wujud la, x+y = 0
Time ni, 0 bermaksud korang happy je. Takde sedih-sedih.

Kemudian 2 bulan perkenalan.
Maka wujud la, 2(x+y)=0
Pada masa ni, 0 tu bermaksud korang masih happy.

Bila makin lama kenal, korang dah tau true color masing-masing. Maka wujud la pelbagai rumus.

Contohnya : (2x-y) (2x+1) = 3
Apakah maksudnya?
2x-y bermaksud couple korang dah tunjukkan perangai sebenarnya. Sayang pun dah kurang sebab tu ada simbol tolak (-). Korang (y) pulak masih sama seperti masa mula-mula kenal dulu.
2x+1 pulak bermaksud couple korang (2x) dah ada orang lain. Maksudnya, dia dah simpan orang lain (+1).
3 tu bermaksud jumlah korang mintak break. Hahaha

Banyak lagi rumus matematik. Aku x sentuh lagi yang ada sin, cos, pengamiran & bla bla bla... Kalau korang rasa bosan-bosan tu, sambung la lagi entry aku ni ye.

Kepada pembaca yang masih lagi belajar matematik tambahan kat sekolah tu, entry ni tak sesuai sangat untuk anda. Kang tak pasal-pasal, anda akan menjawab soalan matematik tambahan tu macam yang aku buat ni. Dont try this at home. Kang kena tampar laju-laju oleh cikgu korang kang!

Harap maklum.

p/s : (x+y)(x-y)=sin2x. Sin2x = 0. Maka, terputus la dua hubungan 2 orang pencinta. Jom la makan ayam mcd!

Tuesday, February 28, 2012

:: aku kembali ::


 Lama gila aku menghilangkan.
 Aku agak serabut sebelum ni. Macam-macam berlaku.

 Posting.
 Jiwa kacau.
 Peribadi.
 Cukup lengkap pakejnya.

 Apa-apa pun masalah yang berlaku kat kita, ambillah sebagai motivasi untuk terus hidup.
 Ya, aku mengaku. Kadang-kadang aku juga tersungkur.
 Aku, kau & semua kita ni hanya la manusia biasa. Biasa sangat.

Oh, servis chatting dah kembali kat blog ni. So, korang semua dah boleh chatting dengan aku secara terus lepas ni.

p/s : "im back"

Saturday, January 7, 2012

:: ombak rindu ::

Jika sebelum ni, bila on je facebook, facebookers seakan-akan berlumba-lumba untuk update pasal filem "Ombak Rindu". Siap ada yang menangis lagi menonton cerita ni. Lalu, 1 soalan terbit di minda aku yang tak pernah berhenti berfikir ni. "Betul ke cerita ni sedeh sampai jadi 1 fenomena dalam 1 Malaysia ni?"

Aku terus berteka-teki dengan soalan aku tu. Masa filem ni keluar hari tu, aku tak pergi tengok pun. Aku telah membuat hipotesis awal & aku telah menyatakan dalam hipotesis aku bahawa cerita ni memang sedih. Lalu aku pun mengambil langkah selamat untuk tidak menonton cerita ini & membiarkan soalan tadi bermain-main di minda aku (kalau aku teringat la). Langkah selamat?? Yup, aku kasihankan hati aku buat masa ni. Dan aku ingat aku nak buat cerita ni jadi pekasam macam aku buat cerita lagenda budak setan. Jadi itulah langkah selamat.

Tetapi minggu lepas, kakak aku telah mencemar "pekasam" yang aku buat. Secara tidak langsung aku termenonton cerita Ombak Rindu. (perhatikan imbuhan ter- dalam ayat aku tu). Dah alang-alang aku termenonton tu, aku pun menonton cerita tu sampai habis. Dan soalan aku pun terjawab. At last!

So, jawapan soalan aku :
Hipotesis aku ternyata salah. Ombak rindu tidak la sesedih yang disangka. Dan aku sepatutnya melihat cerita ni kat wayang sorang-sorang, tak perlu ajak kapel or sesape pun. Sebab aku tak perlukan langkah selamat untuk cerita ni.

By the way, cerita ni ok, nice dan sesuai ditonton. Ada la beberapa dialog dari cerita ni yang aku suka. So, sape yang tak tengok lagi, jangan risau kalau anda tidak menangis. Ok?

p\s : "Pasrah itu menyerah. Redha itu ikhlas"

Tuesday, January 3, 2012

:: shoutMix ::

Bagi yg selalu chat kat blog ni, sorry sangat-sangat sebab shoutMix (chat room tu) dh expired. So, buat masa ni, chat room utk blog ni diberhentikan seketika, ye.

Kalau aku ada masa kang, aku cari chat room yang baru.

p/s : sorry sangat (tangan ke dada, mata ke atas)