Powered By Blogger

Saturday, December 31, 2011

:: penghujung tahun ::

"31 disember 2011"... - tarikh yang ditunggu-tunggu.
Ada yang tak sabar-sabar menunggu tarikh ni.

Bagi yang berpacaran, boleh la celebrate bersama-sama.
Bagi yang berkerja, boleh la bercuti untuk esok hari.
Bagi yang berkeluarga, boleh la spend masa untuk suami/isteri & anak-anak.
Bagi yang masih belajar, boleh la hangout dengan kawan-kawan & ketepikan semua buku.
Bagi kanak-kanak, boleh la bergembira melihat percikan bunga api.

Bagi aku, takde yang special untuk sambutan kali ni. Aku rasa aku nak stay dengan 2011. Aku tak sedia lagi untuk 2012. Tp hakikatnya, esok adalah tahun baru dan aku kena terima kenyataan ini.
Apa aku nak buat malam ni? One word : Nothing. (Ye, aku tau aku sangat membosankan)

Bagi korang yang nak celebrate tu, aku ucapkan selamat bergumbira. Enjoy your night, k.. Happy New Year..

p/s : save ur last kiss for me.

Tuesday, December 13, 2011

:: 13.12.11 ::

Aku nak panggil hari ni hari menurun.
Sebab tarikh hari ni - 13.12.11. Nombor-nombor tu menurun, kan. So, hari ni hari menurun.

Untuk mengabadikan hari menurun ni, aku selitkan beberapa gambar yang aku shoot minggu-minggu lepas. Gambar poyo memoyo je.

p/s : mana-mana agency nak panggil aku, sila kan.. :p

Monday, December 12, 2011

:: selesai sudah ::

Dan akhirnya, selesai misi aku di seremban. Setahun lebih berhempas pulas di sini. Macam-macam pengalaman aku rasa. Pahit, manis, masin, masam... Semua aku rasa...

Siapa nak tolong aku packing ni?? Pening aku tengok barang-barang ni semua. Had muatan kargo, 20 kilo je. "Nobita, boleh tak aku pinjam doraemon ko?" HªHªHª

Yang pasti, aku akan merindui bilik aku ni. Bilik ni la yang menjadi penyimpan mohor-mohor besar 1001 rahsia & kenangan aku.

p/s : siapa tolong, aku bagi baju aku nanti :p

Monday, November 14, 2011

:: exam vs psiko ::

Bila musim exam mengetuk pintu rumah, macam-macam gelagat kita masa belajar kan...

Ada yang belajar sambil makan.
Ada yang belajar sambil baring.
Ada yang belajar sambil tengok cermin.
Ada yang belajar sambil dengar lagu.
Ada yang belajar sambil merokok.
Ada yang belajar sambil berborak.
Ada yang belajar sambil berfacebook.
Bla bla bla bla...

Gelagat yang paling ditakuti adalah gelagat psiko. HªHªHª Ada macam-macam jenis orang yang psiko masa exam.
Jenis yang pertama : pelajar lain tengah belajar, tapi si psiko ni tengah relax-relax, tengok movie, pegi jalan-jalan walaupun esok nak exam. Bila semua orang dah tido, baru la si psiko akan belajar.
Jenis yang kedua : pelajar yang memang nampak dia tengah belajar tapi masa discussion, semua fakta dia akan keluarkan dengan penuh keyakinan. Pelajar lain akan takut dan terpegun tengok dia semasa berkata-kata! HªHªHª
Ada tak kawan-kawan korang yang ada gelagat psiko ni?? HªHªHª

Macam mana nak kenal orang psiko ni? Orang-orang psiko ni akan :
1. Berlagak cool walau esok nak exam.
2. Senyum tak lekang dari bibir walaupun tak belajar.
3. Masa exam, dia lah orang pertama keluar dari dewan exam.
4. Masa exam, dia lah orang yang selalu minta kertas jawapan.
5. Status kat facebook : "Esok exam ke? G jalan-jalan la dulu" atau "Selesai membaca buku super tebal" dan sewaktu dengannya.
6. Walaupun 10 minit lagi masa nak start exam, si psiko masih lagi membaca nota.
7. Semasa berborak-borak kosong, si psiko akan menyelitkan teori-teori apa yang dipelajari dengan isi kandungan perbualan. (Supaya nampak hebat)
8. Menampilkan senyuman yang paling manis dalam hidup selepas exam tamat.

Walau apa pun gelagat masa belajar, harap-harap apa yang dibelajar tu masuk la ke dalam otak. Ingat! Parents kita hantar kita kat tempat belajar, untuk belajar. Bukan terkejar-kejar kat shopping mall. HªHªHª

Kalau malas sangat tu, rebus je nota. Air rebusan tu, minum sebanyak 3 kali teguk. Tak pun, gantung nota kat lampu rumah. Nanti cahaya lampu tu menyuluhkan ilmu. HªHªHª

So, selamat belajar kepada semua calon-calon exam. Tak kira la kepada budak sekolah ke, spm ke, stpm ke, maktab ke, universiti ke... Jawab elok-elok la ye. Aku punya exam dah habis! Merdeka! Merdeka! Merdeka! :)

p/s : biar ilmu berat di bahu. Jangan mata ke atas, tangan di bahu :p

Friday, November 11, 2011

:: 11.11.11 vs annoyed ::

Cantik nombor 11.11.11.
Pendapat aku :
Pertama : tarikh ni cantik.
Kedua : nombor ni memang tak membawa apa-apa maksud. Bagi pasangan yang mengabadikan tarikh ni, tahniah aku ucapkan. Bagi yang terlalu & terlampau obses dengan nombor ni, takziah aku ucapkan. HªHªHª
Ketiga : Aku sangat annoyed kat siapa-siapa yang mengutuk manusia lain mengenai tarikh ni. Sukahati dia orang la nak update status kat facebook, twitter or kat mana-mana je mengenai 11.11.11. Tu facebook, twitter dia org. Suka hati la, kan! Kalau ko tak suka nombor ni, ko tak payah la update pasal nombor ni. Ko duduk je diam-diam. Tak pun, deactivate je laman-laman sosial ko tu sehari dan pergi jalan-jalan or shopping. Kan seronok ke hulu ke hilir bawak paper bag. HªHªHª
Keempat : perkara yang sama akan berlaku sekali lagi masa 12.12.12 tahun depan. Dan orang yang sama akan sibuk nak menentang orang lain mengenai nombor ni. We'll wait and see :)

Ok la. 11.11.11 hanya berlaku sekali seumur hidup. Aku ulang, SEKALI je. Bagi manusia-manusia yang berpasangan, yang berkahwin, yang happy pada tarikh ni, tahniah sekali lagi. Bagi yang bersedih, kecewa, menangis, jangan la gusar. 11.11.11 hanyalah nombor. 12.11.11 kan ada. :)

p/s : tarikh birthday aku pun cantik kot. HªHªHª

Thursday, November 10, 2011

:: puisi ::

Seorang hamba Allah yang bergelar kawan telah mengarang sebuah puisi. Ini bukan seperti lagu Fauziah Latiff - "Gubahan Rindu Puisi Syahdu". Tapi "Gubahan Sengal Puisi Mangkuk" HªHªHª Orang sibuk belajar, dia sibuk bersastera. Gagal!

Hayatilah ~

Tajuk: Ruff

Ruff,
Aku dan kau tidak setaraf,
Kau orang selalu minta aotograf,
Aku pulak muka macam kertas graf,
Kalau aku gurau agak rough,
Tapi akan say sorry kalau ada khilaf.

Ruff,
Kau tinggi macam giraffe,
Aku pulak pendek tak cukup urat saraf,
Selalu dapat pain in the calf,
Tak suka pakai scarf,
Sebab rambut aku banyak dandruf.

Ruff,
Kau memang hot stuff,
Walaupun badan xde la tough,
Tapi orang still nak amik aotograf,
Itulah dia si Ruff,
Memang kami tidak setaraf.

p/s : adakah puisi ini menghina aku? HªHªHª

:: pedas ::

Oh! Ni bukan entry pasal makanan pedas, mahupun maggi pedas kaw tu. HªHªHª ni, aku nak promote wet world air panas resort kat pedas negeri sembilan.

So, siapa-siapa rasa yang nak mandi air panas sambil berhibur, silalah datang ke wet world air panas resort ni. Tapi janganlah korang expect tempat ni macam sunway lagoon, ye. HªHªHª Bukan orang negeri sembilan je yang datang, orang dari KL pun datang gak ke sini. Mungkin sebab ada kolam air panas kot!

Tak payah pergi jauh nak hilangkan stress. Tempat ni tak la besar sangat pun, tapi kalau nak hilangkan stress, nak isi masa lapang, nak lari dari rumah (maksud lari dari rumah ni merujuk kepada bosan duduk dalam rumah je), nak rasa jadi mat salleh (sebab berjemur), ringan-ringankan lah diri korang ke sini. Tak mahal pun masuk ke sini. Hanya Rm12 je.

p/s : yang jiwa kacau pun leh datang sini :p