(mesti ada yang pernah baca notes aku ni kat facebook...
so, disebabkan aku dah lama tak update blog aku ni, aku post notes ni ke blog..
selamat membaca...)
"Ku tau, kau selingkuh…kau duakan cintaku....dan bla bla bla...."
Kau?
Dia?
Salah si dara?
Si perawan?
Atau gunting tersebut?
so, disebabkan aku dah lama tak update blog aku ni, aku post notes ni ke blog..
selamat membaca...)
"Ku tau, kau selingkuh…kau duakan cintaku....dan bla bla bla...."
agak jiwang lagu afgan ni kan...tapi terpana seketika mendengar lagu ni... terkenang kisah lalu atau kisah sekarang? Ikatan yang disimpul oleh dua perawan terputus kerana ada ‘gunting’ yang hilang arah tujuan. Salah siapa?
Aku? Kau?
Dia?
Salah si dara?
Si perawan?
Atau gunting tersebut?
Mungkin salah takdir… seperti biasa, takdir akan disalahkan… "kau yang selingkuh dan sekarang kau nak salahkan takdir?" Kenapa perlu ada kekasih gelap? "Sebagai back up dan saja nak test market." Itulah jawapan seorang kawan aku. Aku pun gelak. Dia ingat ni main saham ke? Ustazah aku pula cakap, manusia memang macam tu..tak pernah puas dengan apa yang ada... Nak je aku tanya ustazah aku balik, "ustazah macam tu jugak ke?" tapi lain kali la aku tanya...
Semua yang wujud di atas bumi kita, semuanya dijadikan berpasangan. Adam dan Hawa. Romeo and Juliet. Air dan api. Sejuk dan panas. Sakit dan sihat. Oksigen dan karbon dioksida. Bersih dan kotor. Cinta dan benci. Kiri dan kanan. Curang dan setia. Oh, Setia?
Kenapa kita tidak setia? Hurm, mesti ada yang kurang setuju dengan perkataan ‘kita’. Ok, kita tukar. Kenapa kau tidak setia? Tidak cukup dengan apa yang ada di depan mata.? Dalam hubungan, setia itu memang penting. Bagi kau, mungkin jawapannya lain. Kenapa? Ini bukan soalan SPM, STPM atau soalan final di universiti. Ini soalan asas di atas muka bumi. Tidak perlu buka buku untuk menjawab persoalan ini. Tidak perlu tanya kepada pakcik google atau makcik wikipedia.
Kita tutup mata dan kita buka hati kita. Kita tanya hati kita, "adakah aku masih sayangkan dia?". Jika tidak, lepaskanlah bunga tersebut. Jika tidak, biarlah kumbang itu terbang . Jika masih ada sayang, setialah..........dan lagu afgan pun habis....

p/s : "jika aku seperti dia, barulah kau menghargai aku".
No comments:
Post a Comment