Jika sebelum ni, bila on je facebook, facebookers seakan-akan berlumba-lumba untuk update pasal filem "Ombak Rindu". Siap ada yang menangis lagi menonton cerita ni. Lalu, 1 soalan terbit di minda aku yang tak pernah berhenti berfikir ni. "Betul ke cerita ni sedeh sampai jadi 1 fenomena dalam 1 Malaysia ni?"
Aku terus berteka-teki dengan soalan aku tu. Masa filem ni keluar hari tu, aku tak pergi tengok pun. Aku telah membuat hipotesis awal & aku telah menyatakan dalam hipotesis aku bahawa cerita ni memang sedih. Lalu aku pun mengambil langkah selamat untuk tidak menonton cerita ini & membiarkan soalan tadi bermain-main di minda aku (kalau aku teringat la). Langkah selamat?? Yup, aku kasihankan hati aku buat masa ni. Dan aku ingat aku nak buat cerita ni jadi pekasam macam aku buat cerita lagenda budak setan. Jadi itulah langkah selamat.
Tetapi minggu lepas, kakak aku telah mencemar "pekasam" yang aku buat. Secara tidak langsung aku termenonton cerita Ombak Rindu. (perhatikan imbuhan ter- dalam ayat aku tu). Dah alang-alang aku termenonton tu, aku pun menonton cerita tu sampai habis. Dan soalan aku pun terjawab. At last!
So, jawapan soalan aku :
Hipotesis aku ternyata salah. Ombak rindu tidak la sesedih yang disangka. Dan aku sepatutnya melihat cerita ni kat wayang sorang-sorang, tak perlu ajak kapel or sesape pun. Sebab aku tak perlukan langkah selamat untuk cerita ni.
By the way, cerita ni ok, nice dan sesuai ditonton. Ada la beberapa dialog dari cerita ni yang aku suka. So, sape yang tak tengok lagi, jangan risau kalau anda tidak menangis. Ok?
p\s : "Pasrah itu menyerah. Redha itu ikhlas"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment