Powered By Blogger

Friday, June 18, 2010

:: father's day ::



Happy Father's Day to the one and only, my lovely dad, Abd Rahman b Abg Hj. Jaya...
i love u dad!!

im so proud to be ur son!!
im so proud to have u as my dad!!

"selagi orang tua kita masih hidup, hargailah mereka sebaik-baiknya... ikutlah pesanan, kata-kata dan amanat mereka... mereka hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya... Jika apa yang dipinta bercanggah dengan kehendak kita, anggaplah itu sebagai pengorbanan kita untuk mereka... tanpa mereka, siapalah kita..."


HAPPY FATHER'S DAY, DAD!!


Thursday, June 17, 2010

:: saya prihatin ::


Sebagai seorang manusia, marilah kita sama-sama menyokong Kempen Kami Prihatin..
Jika ada sesiapa yang ingin membuang bayi, fikirlah sedalam-dalamnya!
Anda sudah melakukan dosa, jadi kenapa perlu ditambah lagi dosa anda??
Jika anda tidak mahu menjaga bayi tersebut, serahkan bayi tersebut kepada individu yang sanggup menjaga bayi anda atau badan kebajikan yang sedia ada.
Bayi tersebut tidak bersalah. Anda yang bersalah, jadi buanglah diri anda!

Keprihatinan kita bukan hanya dengan masalah pembuangan bayi tetapi kita perlu prihatin dengan masalah-masalah yang melibatkan isu kemanusiaan...
Di manakah letaknya perasaan dan pemikiran kita sebagai manusia dan makhluk berakal yang dicipta oleh-Nya?

Saya, Rafiza Abd Rahman bersama-sama Prihatin terhadap masalah ini.
Anda Bagaimana?


p/s :: jika ada sesiapa yang ingin membuang bayi, serahkan sahaja bayi tersebut kepadaku =)
one vote from me!!

Tuesday, June 15, 2010

:: you're still the one ::

When I first saw you, I saw love.
And the first time you touched me, I felt love.
And after all this time, you're still the one I love.

Looks like we made it
Look how far we've come my baby

We mighta took the long way

We knew we'd get there someday

They said, "I bet they'll never make it"
But just look at us holding on

We're still together still going strong

You're still the one I run to

The one that I belong to
You're still the one
I want for life

You're still the one that I love

The only one I dream of

You're still the one I kiss good night

Ain't nothing better
We beat the odds together

I'm gla
d we didn't listen
Look at what we would
be missing


Monday, June 14, 2010

:: i need u ::

mum, i wish u are here..
mum, i really need u at this moment..
mum, im scared...
;(



Sunday, June 13, 2010

:: sorry ::

kalau la apa yang rosdi cakap tu betol,
aku nak minta maaf kat mak aku...
im sorry mum ;(


:: bukan siapa-siapa ::

aku bukan siapa-siapa...
aku bukan anak dato', tan sri mahupun tun...
aku bukan anak raja mahupun kerabat diraja...
aku bukan artis, model, selebriti mahupun personaliti tv...
aku hanya manusia biasa...
aku hanya anak kepada abd rahman dan rajunah...
aku hanya ada nama aku, rafiza bin abd rahman...

jika aku mempunyai harta,
harta itu milik ayah dan mak aku...
jika aku mempunyai ijazah,
ijazah itu hanya sekeping kertas...
jika aku mempunyai rupa,
rupa itu hanya perhiasan sebentar sahaja...
jika aku mempunyai kepandaian,
kepandaian itu hanya sementara...
jika aku mempunyai keluarga,
keluarga aku suatu hari nanti akan pergi meninggalkan aku...
jika aku mempunyai kawan, sahabat & teman,
mereka juga akan pergi meninggalkan aku...
apa yang kau ada, rafiza?

aku hanya ada nama aku...
rafiza abd rahman...
aku hanya ada roh aku untuk bernyawa agar aku dapat terus berfikir...
aku hanya ada otak aku untuk berfikir...
aku hanya ada mata aku untuk melihat, menafsir dan berfikir...
aku hanya ada hidung aku untuk terus hidup agar aku dapat berfikir...
aku hanya ada mulut aku untuk berkata-kata dan mengunyah makanan agar aku terus hidup dan berfikir...
aku hanya ada telinga aku untuk mendengar, menafsir dan berfikir...
aku hanya ada tangan dan kaki aku untuk melakukan apa yang aku fikir...
itu sahaja yang aku ada...
nama dan diri aku...

aku bukan siapa-siapa...
aku hanya rafiza abd rahman...
tidak perlu takut kepada ku...
tidak perlu tunduk sembah kepada ku...
tidak perlu malu kepada ku..
tidak perlu merendah diri di depan ku...
tidak perlu mendabik dada di depan ku...

kita duduk dan asingkan diri kita...
tanya diri kita, apa yang kita ada?
duit, harta, rupa paras menawan, status, kepandaian...?
itu semua hanya milik Tuhan yang Esa....

jika kita tidak bernama dan tiada diri kita, apa yang kita ada...?
jika aku bukan rafiza bin abd rahman, siapakah aku...?


p/s :: hargai & terima diri kita seadanya sebelum kita menilai orang lain... =)


:: hairstyle ::

kali ni, aku nak story pasal hairstyle aku yang penah aku buat..hehehe...mohawk, botak, smart, armani...macam-macam style dah aku buat...saje je nak buat pelbagai...hahaha...tak la orang bosan tengok kita..haish...story ni aku saje nak berkongsi dengan korang semua... =)

hahaha...ni style rambut masa zaman gelap dulu..hahaha...semata-mata nak amik result STPM, sanggup blonde rambut...hahaha...ala...masa tu zaman baru nak naik...so, saje je nak rasa rambut blonde..hahaha...


ni style rambut masa raya aidiladha 2009...senang je buat rambut ni...bagi tau hairstylist, anda nak botakkan kepala...suruh dia gunakan mesin rambut yang no.1 untuk bahagian tepi dan no.3 untuk bahagian atas...lepas dah selesai proses membotakkan kepala, mintak hairstylist tu buat line kat bahagian atas kepala...terpulang pada korang nak buat sebelah kiri atau kanan kepala...lepas tu, mintak hairstylist tu buat bentuk 'M' kat bahagian depan (area dahi) tu...
taraaaaaaaaaaa....dah siap dah...hahahaha....



ni style rambut aku masa cuti sem 5..hahaha..aku malas nak potong..biar je panjang..ingat nak buat macam Noh Hujan tu..hahaha..tapi tak jadi lak sebab nak kena masuk semester baru...hahaha.... ini kali kedua rambut aku panjang selepas aku darjah 3...hahaha..lama kan....


yang ni ala-ala mohawk gak la...aku suka rambut macam ni..sebab kalau pacak, rambut tu tak tinggi sangat...yang ni senang je setting...kalau rambut tu panjang sikit dan nak buat style mohawk, payah sikit la nak setting..haha...



kalau aku malas nak setting rambut, aku lebih suka guna topi je...yelah, setakat nak keluar makan setengah jam, tak kan lah nak setting rambut bagai kan..hahaha...bukan senang nak setting rambut...kalau seminit dua, tak pe gak...ni sampai setengah jam ke sejam nak setting rambut sahaja...masa itu emas, babe..hahaha



style ni aku buat masa hujung tahun lepas...aku dye kaler brown. then, buat style mohawk...




ni style nak gi interview..hahaha...tak kan la time interview pun nak rambut pacak-pacak...kena ikut sahsiah rupa diri sikit....hahaha...time ni, aku nak pergi cari tempat praktikal..so, kena la bertatasusila sikit.hehehe...nak setting rambut style ni senang je..korang gi potong rambut korang mohawk...pastu, masa nak setting, korang jangan setting mohawk style lak..korang belah tepi je..then, pandai-pandai la korang setting...asalkan korang rasa sedap mata memandang tu, maka, jadilah style rambut macam ni..hahaha




selain bertopi, aku suka gak pakai beanie..alasannya, sama je..aku malas nak setting sangat rambut aku...nak mudah, pakai je topi & beanie..hehehe...tapi kadang-kadang je aku beanie...ikut tempat la...tak kan la tempat panas terik nak pakai beanie,kan? hahaha..tu mangsa fesyen tu! hahahaha



yang ni pun sama...style malas nak setting rambut..hahaha...style ni jadi macam ni lepas aku botakkan kepala aku...3,4 minggu lepas botakkan kepala, rambut aku pun jadilah macam ni..hahaha...pendek sangat..nak setting pun tak boleh..biar je la macam ni...hahahaha


dua gambar kat atas tu, antara topi yang aku pernah pakai.... sekarang, aku tak tahu mana dua topi ni pergi..hahaha...


style rambut kat atas ni masa aku tengah buat praktikal kat TV9...masa tu aku duduk kat department komunikasi korporat...jadi, kena la sentiasa bersopan santun...ye la, aku kena jaga VIP...deal dengan VIP...so, first impression is very important!! =)


sekarang ni kan ala-ala musim panas...hahaha..so, aku pun pakai la tribly hat ni...hahaha...



rambut mohawk yang macam ni payah nak setting!!!! korang duduk la depan cermin tu setengah jam ke sejam..hahaha...ye la..nak kena guna hair dryer..nak kena guna straighten rambut ape semua...hahaha...kalau nak guna gel pulak, kena guna gel yang betol-betol strong gel..hahaha...



ni style rambut mohawk masa nak raya tahun 2008.....

yang ni pulak, style mohawk last year...aku dye rambut aku kaler brown...hahaha...


nak buat rambut mohawk ni bukan senang...panjang rambut kena betol...barulah boleh pacak...kalau panjang sangat, tak boleh lak rambut tu nak berdiri....nak setting rambut mohawk pun bukannya senang...actually, boleh je setting sesuka hati...tapi nanti nampak la rambut korang entah apa-apa je...bagi aku, kalau nak nampak betol-betol kemas, kenalah korbankan sikit masa...kalau nak sesuka hati, baik tak yah berkemas langsung..hahahaha


aku suka buat line kat kepala aku..tapi line bukan sebarang line...macam gambar kat atas tu, aku buat huruf 'Z'....line tu pulak sampai kat belakang kepala...nak buat line biasa tu memang boleh..tapi banyak sangat yang dah buat line lurus macam tu je....so, aku amik konsep yang sama tapi aku twist sikit je...nanti kalau twist banyak sangat, orang tak boleh nak terima rupa kita ni..hahahahaha...


ketiga-tiga rambut kat atas ni asalnya mohawk style...tapi aku tak setting rambut aku kepada mohawk...aku buat ala-ala pacak macam tu je...ni masa aku dah malas nak duduk depan cermin berjam-jam...hahaha...aku belahkan ketepi je...pastu buat pacak sikit..abis cite.hahaha...





style rambut macam kat atas ni pun aku suka..hahaha...aku guntingkan rambut aku tu ala mohawk...yang ni, aku botakkan bahagian tepi kepala aku..biar rambut kat area atas tu je panjang...bila dah siap, korang jangan la buat mohawk...ambik hairdryer and belah ketepi terus....tak payah guna gel atau wax atau clay...haha..jimat kan?hahaha...biar je kering macam tu...


aku suka jugak rambut panjang macam kat gambar atas ni...tak perlu nak setting pacak..biar je macam tu..hahaha..yang penting, konfiden je...lebih lebih lagi kalau aku dye rambut aku...aku biarkan je rambut aku tu macam tu je..tanpa guna wax atau gel atau clay....keringkan guna hairdryer, dah siap...hehehehe....ni rambut aku last year jugak before aku gunting ke mohawk style.....kalau korang tak nak nampak rambut korang kering sangat, korang dye kan sahaja rambut korang...sebab bagi aku, kalau rambut kaler hitam ni, kalau tak pakai wax, gel atau clay, rambut kita akan nampak kering sangat...nak pendek kan cerita, dye kan sahaja rambut tu....hahahaha

sekarang ni, rambut aku dah botak balik....hahaha..senang cite...abis mandi, pakai baju, dah siap.....tak perlu nak guna hairdryer, straighten, wax, gel atau clay....aku botakkan kepala ni sebab nak bagi rambut baru aku tumbuh dengan sehat...hehehe...lepas dah tumbuh elok nanti, aku akan start balik dengan eksperimen rambut aku...hahahahaha...kalau nak bergaya, senang je..bergayalah ikut situasi dan purchasing power kita...tak perlu untuk kelihatan pelik untuk menarik perhatian orang...jadilah diri sendiri dan confident dengan pembawakan diri......chow!!!!!

p/s :: rambut bukan sahaja mahkota untuk perempuan.. =)

Saturday, June 12, 2010

:: nervous part 2 ::


Ya Allah, aku semakin nervous nak tunggu esok....Seriously, aku nervous....
dup dap dup dap....
kalau betol tu bukan rezeki aku, aku terima je la....tp aku dah hampakan impian mak aku...
im sorry mum...im so sorry...
(-.-)

p/s :: apa-apa pun yang berlaku, tu adalah suratan kita..wallahualam

:: rahsia ::

semua orang tahu, aku ni seorang penanam anggur yang tak berapa nak berjaya...selain menanam anggur, aku ada la buat part time job jugak....aku sebenarnya freelance editor untuk True Wealth Sdn Bhd...bukan senang nak edit sesebuah buku....tengok gambar bawah ni...sampai aku dah juling dah sebab buat editing..hehehe...tak pasal-pasal aku dah jadi O.K.U..haish...hehehe...


baru-baru ni, True Wealth dah publish buku yang aku edit tu...even buku tu bukan aku yang tulis tapi aku pun turut rasa gembira...sebab inilah hasil titik peluh aku yang pertama sepanjang aku hidup ni (even payment tak dapat lagi...hehe)....jadi seorang editor buku memang best!! nak tahu kenapa best?? nanti aku story kat entry yang lain, ok?hehehe



inilah buku pertama yang aku edit..
"RAHSIA USAHAWAN TUISYEN"
kepada sesiapa yang berminat dan ingin menceburi bidang tuisyen, sila dapatkan buku ni di kedai buku yang berhampiran dengan anda....jika malas nak keluar berjalan-jalan, anda juga boleh dapatkan buku ini secara online..
anda masuk sahaja ke website www.millionairesplanet.com
Pelbagai rahsia mengenai pusat tuisyen boleh anda ketahui dengan membaca buku ni...serius!!! tak tipu ni!!! hehehe...dapatkan buku ni sekarang ye =)


Mengenai Buku Rahsia Usahawan Tuisyen :

"Buku ini membincangkan peluang pendapatan lumayan yang bakal diperolehi usahawan dalam industri pusat tuisyen. Setiap bahagian dalam buku membongkar rahsia-rahsia kejayaan para usahawan tuisyen, baik peluang, potensi, masa hadapan serta pasaran strategik yang menguntungkan. Menariknya, manual langkah demi langkah, daripada pembukaan pusat tuisyen, keperluan, modal, dan pengurusan perniagaan, semuanya dikongsi oleh penulis yang berpengalaman luas dalam industri tuisyen."


p/s : seronok bila orang hargai apa yang kita buat =)

:: kerinduan ::


i miss my family so much...especially my mum ;(
i wish u are here, mum (-.-)



i miss this cutie boy tooo..uncle rindu izaan!!!! ;(

p/s: bila kita jauh dari seseorang, barulah kita tahu erti rindu yang sebenar..

Friday, June 11, 2010

:: sedeh ::


aku rasa sedeh sangat time ni...aku pun tak tau sebab ape tapi aku sedeh sangat...rasa nak nangis je...hurmmmmmm...hari ni pun nampak cam down je...paham lak perasaan aku time ni...hurmmm

:: epy bebday kunot ::


HAPPY BIRTHDAY!!!!! hari ni birthday si kunot ni...hehehe...
2 bulan sebelum hari ni, die dah wat wishlist apa yang die nak masa birthday die..ni la wishlist die :

"i noe its too early..so here are my wish-list for my birthday!~

1. CAR - i want my LEXUS
2. an LUXURY apartment
3. vacation to Bali or Aspen
4. iphone 4gs
5. ipad
6. cat - not domestic cat. i want Scottish fold munchkin cat
7. free treatment at Mary France bodyline
8. JOB - executive and above (salary RM3k and above)
9. free cruise
10.trip to disneyland

so now you know why i post this 2 months earlier

hahahaha……."

so, sempena birthday die hari ni, aku tersangatlah baik menghadiahkan 5 barang yang tersenarai dalam wishlist die tu..hehehe..jeng jeng jeng

luxury apartment......


scottishfold munchkin cat


iphone 4gs..hahaha ( aku pakai 3310 je)

rawatan die marie france..


last but not least, lexus...hehehe (demi kawan, sanggup bagi die lexus..aku sendiri pakai rapidKL je..heheh)

hahahaha....HAPPY BIRTHDAY KUNOT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

p/s :: kalau la aku memang banyak duit.hahaha

Monday, June 7, 2010

:: nervous ::



actually, aku nervous sangat sekarang ni..nervous tunggu 14 june ni.. aku sumpah nervous giler!!
lambatnya nak 14 june!!!!..hurm...aku harap semuanya baik-baik sahaja...aku pernah mimpi pasal perkara ni...patut ke aku percaya mimpi aku tu?
"ruf, mimpi permainan tido je la"....haish....
Ya Allah, permudahkanlah perjalanan hidupku...Amin..

p/s :: apa-apa yang kita buat, kita kena ada plan B =)

Tuesday, June 1, 2010

:: ulu yam & batu caves ::


bersempena untuk meraikan our graduation's day, aku & the gengs bermandi-manda di ulu yam dan g batu caves ahad lepas... haha...best jugak tempat ni...tak de budget nak gi bercuti jauh-jauh...so, pegi je la ulu yam & batu caves..not bad la! janji dapat hilangkan stress and bergumbira! hahaha...


ni lah bala-bala tentera yang pergi...kecik, yap, rosdi, randy, azhar, roy dan shukri (tiada dalam gambar sebab tengah amik gambar kite org kat atas ni)....punyalah plan nak pergi kol 8 pagi...tengok-tengok, kol 1 barulah kite orang gerak dari shah alam..hahaha..bual lebih doe! hahahaha

ternyata aku lebih puteh daripada korg dua doe! hahahaha



hahaha...exclusive kat blog aku ni je korang leh tengok badan-badan kite orang ni..hahaha...tak la sexy mane pun..hahahaha...tapi picture ni terbaek la....hehehe...


kepada company Rejoice, amik la kite orang ni untuk jadi model..confirm la laku siot! hahaha..sempat lagi nak bergambar dengan syampu.hahaha..

lepas bermandi-manda di ulu yam, destinasi seterusnya, batu caves!!!! hehehehe...



taraaaaaaaaa.....ni first time aku gi batu caves....hahaha...


sebelum mendaki anak tangga batu caves, semua muka ceria gile..hahaha...
al-maklumlah, baru je mandi kat ulu yam... peluh pun tarak...

di anak tangga pertama..hehehe..muka masih lagi ceria ye..hehehe

randy sedaya upaya untuk tersenyum..hahahaha..


yang ni memang tak boleh blah..hahaha...abang dan adik memang tak boleh dipisahkan...hahaha...naik tangga pun nak berpimpin tangan.hahaha

akulah orang yang pertama sampai! clap clap...hahaha..pastu randy! woot woot!!! walaupun masih tercungap-cungap, sempat lagi nak pose..hahaha..serahkan saja kepada yang pakar..hahaha

semua muka dah tak seceria tadi..hahaha...letih doe naik tangga batu caves ni...haish!

banyak lagi gambar kat ulu yam & batu caves ni...tapi korang tengok kat facebook aku je la nanti, k...nanti aku upload gambar selebihnya...memang seronok jalan-jalan kat dua tempat ni...tak kan lah aku nak jalan kat mall je kan...duit pun dah kopak ni..hahaha...tak perlu nak pergi jauh kalau nak hilangkan stress and berjalan-jalan melihat alam...senang cite, tak perlu nak berbelanja besar kalau area kita ada tempat yang best untuk dilawati..kalau ade duit tu, lain cite la...hahaha....
kepada maryam & yuyun, korang dua jangan jeles lak dengan kite orang.hahahaha...korang duduk je rumah ok! chow!

p/s : kepada celcom, maxis mahupun digi, silalah buat coverage kat ulu yam tu ek...takde line la kat sana =)