Powered By Blogger

Saturday, June 12, 2010

:: rahsia ::

semua orang tahu, aku ni seorang penanam anggur yang tak berapa nak berjaya...selain menanam anggur, aku ada la buat part time job jugak....aku sebenarnya freelance editor untuk True Wealth Sdn Bhd...bukan senang nak edit sesebuah buku....tengok gambar bawah ni...sampai aku dah juling dah sebab buat editing..hehehe...tak pasal-pasal aku dah jadi O.K.U..haish...hehehe...


baru-baru ni, True Wealth dah publish buku yang aku edit tu...even buku tu bukan aku yang tulis tapi aku pun turut rasa gembira...sebab inilah hasil titik peluh aku yang pertama sepanjang aku hidup ni (even payment tak dapat lagi...hehe)....jadi seorang editor buku memang best!! nak tahu kenapa best?? nanti aku story kat entry yang lain, ok?hehehe



inilah buku pertama yang aku edit..
"RAHSIA USAHAWAN TUISYEN"
kepada sesiapa yang berminat dan ingin menceburi bidang tuisyen, sila dapatkan buku ni di kedai buku yang berhampiran dengan anda....jika malas nak keluar berjalan-jalan, anda juga boleh dapatkan buku ini secara online..
anda masuk sahaja ke website www.millionairesplanet.com
Pelbagai rahsia mengenai pusat tuisyen boleh anda ketahui dengan membaca buku ni...serius!!! tak tipu ni!!! hehehe...dapatkan buku ni sekarang ye =)


Mengenai Buku Rahsia Usahawan Tuisyen :

"Buku ini membincangkan peluang pendapatan lumayan yang bakal diperolehi usahawan dalam industri pusat tuisyen. Setiap bahagian dalam buku membongkar rahsia-rahsia kejayaan para usahawan tuisyen, baik peluang, potensi, masa hadapan serta pasaran strategik yang menguntungkan. Menariknya, manual langkah demi langkah, daripada pembukaan pusat tuisyen, keperluan, modal, dan pengurusan perniagaan, semuanya dikongsi oleh penulis yang berpengalaman luas dalam industri tuisyen."


p/s : seronok bila orang hargai apa yang kita buat =)

1 comment:

  1. salam,saye kene buat assigment rancangan perniagaan pusat tuisyen,kalau la sye beli buku ney,membantu tak..

    ReplyDelete