Powered By Blogger

Monday, September 17, 2012

Raya 2012

Dah nama pun raya, memang tak sah la kan kalau aku tak bergambar. Sorry la terlambat pulak nak update kat blog.

So, tahun ni, macam biasa family aku memang berwarna-warni. Kita orang tak pernah 1 tema kecuali masa salah seorang daripada adik beradik akan berkahwin. Hahaha...

Tahun ni, aku amik warna erm erm erm, aku pun tak tau nak gtau kaler apa ni. Nak kata biru muda, boleh jugak. Nak kata kelabu, boleh jugak. Hahaha... Supaya aku tak akan sama kaler dengan siapa-siapa kat Malaysia mahupun dunia. Boley? Hahahaha

Jubah lak, terang-terang la warna hitam. Kalau korang tak kenal warna, baik korang gi conteng muka dengan arang, ibarat pepatah menconteng arang ke muka sendiri. Hahaha Ok, melalut!

p/s : tak sama tak pe, janji sama dengan ehem. Bahahahaha

Wednesday, September 12, 2012

The Day of Capital C! (and the tips)

Nah! Seperti dijanjikan... Ni ada beberapa keping gambar sekitar photoshoot pre-graduation & graduation aku kali ke-2.

Untuk pre-graduation, aku & kawan aku telah memilih background putih untuk photoshoot. Nak dijadikan cerita, selepas beberapa minggu aku post gambar pre-graduation aku ni di FB, makin ramai lak yang ikut untuk shoot background putih. Woha, :)

Pakaian kami pulak, head to toe fully by Topman. Plan untuk pakai kemeja putih ni dah lama sangat. Dari last year lagi. Sebab pilih kemeja putih? Hahaha As usual, sebab kemeja putih ni nampak kemas & profesional. Untuk mengelakkan daripada nampak typical dan lain dari yang lain, aku & kawan aku amik la neck tie warna merah pulak. Penegasan akan nampak pada warna merah sebab selalunya dress code hitam putih ni selalunya dipakai oleh para lawyer. Tapi aku bukanlah lawyer. Loyar buruk boleh la. Hahaha.. Lepas pom pam pom pam selama satu hari dalam butik Topman, begitulah hasilnya (seperti yang ada dalam gambar).

Korang try la tips ni esok k. Hahaha... Memang sangat menjadi. Masa kita orang konvo tu, seorang makcik kepada kawan aku ni tanya, "kenapa mak su tengok kau dan kawan kau nampak berbeza daripada orang lain. Dah macam model nak gi shoot dah." hahaha... So, selamat mencuba!

By the way, thanks kepada semua yang datang semasa konvo kali ke-2 aku hari tu especially mum, dad, sis, lil bro, aunty & rakan-rakan FB. Thanks jugak sebab bagi bunga, patung dan hadiah. Siap ada yang bagi Hermes lagi. Hehehe Kemain banyak bunga hari tu. Tetiba rasa retis. Bahahahaha... Thank u so much! Kepada rakan-rakan IPGRM, tahniah semua. Gonna miss u guys! Jadilah guru seguru-gurunya! :) And Thanks too Serindit Studio for all the pics. :)

p/s : lain kali bagi cincin boley? Hahaha

Tuesday, September 11, 2012

Officially, Sir Rafiza Rahman.

Kemain tajuk entry, kan? Haha apa ada hal...
Hari ni, seperti semalam, aku still banyak masa free. 2 kelas je hari ni. So, apa lagi, update blog la! Hahaha

By the way,

At last, pada 12 Julai lepas, I'm officially Sir Rafiza Rahman atau dalam bahasa melayunya, Cikgu Rafiza Rahman. *yay!*

Alhamdulillah!

Actually, cerita ni dah nak expired dah pun. Kepada yang ada FB & Twitter aku, semua dah sedia maklum mengenai kisah entry ni. Saje nak repost balik kat blog pulak.

Untuk gambar-gambar pre-graduation & graduation, aku akan post dalam masa terdekat. Graduation pun sibuk nak ade pre-graduation kan? Haha

p/s : konvo dah 2 kali, naik pelamin bila pulak? Hahaha :p

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, September 10, 2012

Selamat Hari Raya!

Ye, aku tau beberapa hari lagi bulan syawal dah nak abis.
Ye, aku tau aku lambat wish raya.
Ye, aku tau kuih raya korang serta aku pun dah abis.
Ye, aku tau korang kecik hati kat aku.
Tapi apa yang aku tak tau, salah silap aku kat korang semua :p

Sempena bulan baik, hari baik ni, aku rasa masih sempat lagi untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya kepada anda semua.
Korang pun sempat lagi nak bagi aku duit raya. Hehehe...

"Andai kata pernah tersilap kata, terkasar bahasa, terkhilaf perbuatan, sy memohon ampun, menyusun sepuluh jari tanda kemaafan antara kita."

Gituh!

Ok, seperti tahun sebelum-sebelum ni, apakah isu raya untuk tahun ini? Jeng jeng jeng...

Aku update kemudian ye, sayang.

p/s : "Cecah biskut dengan cola, Selamat Hari Raya la!" #PantunRayaAlaRetis
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Salam Ya Habibi

Ariba!
Hehe... Mak ai.. Berhabuk, bersawang blog aku ni. Sorry ye semua. Tahun ni aku busy sangat...
Busy dengan kerja.
Busy dengan jiwa.
Busy dengan duit.
Busy dengan diri.
Tapi bukan busy body. Body tetap umph! Bahahahaha...

Jam baru je pukul 7.45 pagi. Tp aku dah mati akal dah ni. Kelas pulak start pukul 11.20 nanti. Kepada yang mempunyai bbm, whatsapp, twitter serta fb aku, sekarang la masa anda semua untuk spend time together dengan I. :p hehehehe

By the way, hari ni UPSR akan bermula. Aku nak wish Selamat Menduduki UPSR kepada anak-anak aku (SJKC YONG KWONG & SK KUALA KLAWANG) serta kepada anak-anak orang lain dan juga kepada cikgu-cikgu upsr.

Aku tengok cikgu-cikgi yang gabra lebih. Anak-anak pulak selamber dek je. Well, kids nowadays...

So, all the best, kids! Jawab elok-elok la ye.
Ingat la muka mak ayah masa duduk kat meja tu. Nak ingat muka saya pun boleyyyy...

p/s : "Senang nak Lulus tp susah nak Gagal."
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, March 16, 2012

:: kepuasan ::

Apa kepuasan bagi korang semua?
Pekerjaan yang bagus?
Suami atau boyfriend yang handsome?
Isteri atau girlfriend yang cantik?
Makan makanan yang sedap?

Bagi aku, kepuasan adalah ketika shopping. HªHªHª Aku sangat puas kalau shopping. Aku ulang sekali lagi, SANGAT PUAS. Puas sebab :
1. Dapat baju yang cantik.
2. Dapat seluar yang menawan.
3. Dapat kasut yang elegan.
4. Dapat keletihan yang melampau.
5. Dapat resit yang banyak memenuhi tong sampah aku.
6. Dapat tengok akaun & wallet aku jadi kosong. ZERO. HªHªHª

Teringat aku dengan kejadian 4 tahun yang lepas, masa aku masih dok study kat uitm. Masa tu semester 1 lagi. Atas arahan yang sungguh kejam oleh komander aku, aku pun pergi satu kem ni. Kem untuk budak-budak Kesatria. Last night masa kem tu, budak-budak kesatria telah ditanya soalan sebegini :

"Jika korang mati esok, apa yang korang akan buat hari ini?"

Dengan suasana yang suram, seorang demi seorang menjawab. Antara jawapannya adalah :

Budak pertama : Saya akan minta maaf kat semua orang.

Budak kedua : Saya akan jumpa family saya & minta maaf kat semua orang.

Budak ketiga : Saya nak buat amal kebajikan & minta maaf kat semua orang.

Budak keempat : Jika saya mati esok, saya akan shopping puas-puas hari ni. Saya akan pergi semua mall yang ada.

(Jam seperti berhenti berdetik)

Kenal siapa budak keempat tersebut?? HªHªHª

p/s : ko makan la baju tu, ruff!!

Thursday, March 8, 2012

:: wanita ::

Kepada semua wanita dalam family aku, aku nak ucapkan Selamat Hari Wanita.

Especially untuk mak aku. I love u, mak! Muah muah! Hehe
Kepada kakak-kakak & adik perempuan aku, sila belanja aku minggu ni, ok?

Kepada pensyarah-pensyarah, cikgu-cikgi, kazen mazen, kawan-kawan, bekas awek dan semua wanita di seluruh planet bumi ni, Selamat Hari Wanita jugak!

p/s : who run this mother?? - beyonce