Friday, September 30, 2011

:: kelaparan ::

Urghhhhhhh...
Aku tersangatlah kebulur time ni...
Sehari suntuk tak makan...
Semenjak jadi tukang kebun ni, busy je memanjang... Busy buat taik mata... HªHªHª

Aku rasa aku nak makan semua makanan dalam gambar-gambar ni... Ada nasi arab, nasi kandar, burger & roti itali...
Nikmatnya kalau dapat semua benda tu sekarang!!!

Nasi arab tu memang sedap especially ayam tu... Restoran nasi arab ni kat tepi jalan on the way nak ke senawang... Memang berbaloi kalau makan kat sini... Mana taknya, nasi dia sumpah banyak giler...

Nasi kandar tu pulak dari restoran hakim shah alam. Nasi kandar ni memang superb! Ayam goreng tu, mak ai, dapat mengalahkan ayam kfc. Masa dok shah alam dulu, aku boleh makan nasi ni everyday tanpa boring. HªHªHª

Burger besar tu pulak aku makan kat mid valley.. Aku pun dah lupa nama restoran tu.. Korang cari kat area starbucks, on the way nak ke the gardens tu..

Dan roti itali tu aku makan kat bintulu. HªHªHª jangan main-main, kat bintulu pun ada banyak restoran makanan luar. Nama roti itali ni aku dah lupa sebab berbelit-belit lidah aku nak menyebutnya. Rasa roti ni memang giler r! HªHªHª

Semua makanan ni aku bagi 5 bintang. Mungkin sebab aku tengah kebulur kot. HªHªHª

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, September 26, 2011

:: ? ::

"I asked God to fall the rain if u r lying" - and it's raining. "I asked God to stop the rain if u r lying" - and it's stop.

p\s : what do u want me to say?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

:: melankolia ::

Urghhhh... aku takde mood...
Macam-macam dalam otak aku...
Kan best kalau kita ada suis yang boleh off daripada berfikir...
Aku tak nak fikir apa-apa dah...
I just want to be happy...

p/s : melankolia
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, September 25, 2011

:: dulu & sekarang ::

manicure ~ done!
panicure ~ done!
misai + janggut ~ done!
bilik ~ done!
dobi ~ done!
mandi ~ tak done lagi! HªHªHª

Malas lak aku nak melangkah ke shower room. Seperti biasa, hari ahad adalah hari untuk diri sendiri. Semua keja dah siap kecuali mandi & rph. RPH??? Yang ni memang aku sangat malas! HªHªHª

Sambil aku bermalasan atas katil, aku belek-belek balik gamba dalam phone aku ni. Ahaks! Aku terjumpa gambar si ijan tengah main iphone. Mak ai! Kecik-kecik dah main iphone. Pakcik dia ni pun tak de iphone. Mewah budak-budak sekarang kan??

kalau dulu, aku main kereta mainan, lori mainan, robot..pastu main teng teng, main penjahat & polis, main baling selipar... Macam-macam lagi la.. Tapi sekarang, budak-budak semakin advance! Main psp, playstation, xbox, game di internet, facebook, ym, skype, twitter..

Amboi! Zaman pakcik dulu, mana de binatang internet ni... HªHªHª aku dulu tau chatting pun masa form 3... Gara-gara nak contact seorang aweks ni.. Hehehe... Ye la..zaman dah berubah, kan? Nak buat macam mana.. Jom lah bermuka buku...

p/s : a walk to remember (tak abis lagi novel ni aku baca. HªHªHª )

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, September 24, 2011

raya 2011 : kurus, jerawat & kahwin


aku rindu giler kat budak ni!



hey, guys...
tak lama lagi, syawal dah nak habis... rasanya tak terlambat lagi aku nak wish Selamat Hari Raya kat korang, kan... mana duit raya untuk aku?? hahaha...
aku baru je balik dari open house ni... tengah terbongkang kekenyangan yang melampau... sambil-sambil aku terbongkang, baik aku usik blog aku ni...

selamat hari raya

sepanjang bulan syawal ni, macam mana dengan raya korang? ada baik?
raya aku tahun ni telah dipenuhi dengan 3 isu utama...
  • kurus
  • jerawat
  • kahwin
di saat aku menjejakkan kaki di rumah pada 26 ogos yang lalu, pukul 7 lebih malam, the whole family aku terkejut dengan muka dan badan aku... muka aku telah diserang jerawat yang super hebat dan badan aku dah menjadi terlampau kurus... hahaha... badan aku yang kurus ni, bukanlah isu besar bagi aku kerana aku memang sengaja diet masa bulan puasa... hahaha... jadi, usaha aku untuk mencapai berat 60kg telah tercapai... *clap clap*

semua gambar ini tidak menampakkan jerawat. harap maklum! hahaha


korang boleh cuba clenx tea kalau nak kurus... hahaha

apa yang menjadi masalahnya adalah, dari manakah jerawat-jerawat yang ada di muka aku ni datang? dah 5 tahun muka aku tak diserang jerawat super hebat macam ni... jika 5 tahun sebelum ni, masa aku study kat UiTM dulu, pernah la aku diserang jerawat tetapi masa tu hanya di tahap medium... ye la, time tu baru nak angkat bujang kan? hehehe... kali ni pulak, di tahap yang kritikal! diulangi, KRITIKAL..!!!! kawan-kawan aku yang kat bintulu tu pun terkejut dengan parasit-parasit (jerawat) yang ada kat muka aku... sedeh gilesssss...

bila balik ke kampung, segala kaum kerabat aku pun turut terkejut dengan muka dan badan aku... part yang kurus-kurus tu, aku paling suka... tetapi bila masuk part muka, aku rasa nak lari satu kampung... hahaha... so, aku telah mengambil keputusan untuk duduk di rumah sahaja masa hari raya... hanya beberapa buah rumah feveret je yang aku pergi... hahaha... sedih gilesss sekalisss lagisss...

pelbagai jenis nasihat yang aku dengar untuk masalah jerawat aku...
"ko kena berhenti merokok... sebab asap rokok tu la muka ko jadi teruk"
"makanlah sayur...sayur tu bagus untuk kulit"
"minum air suam banyak-banyak la... ko tu kurang minum air suam"
"bla bla bla bla bla dan bla bla bla bla......." hahahaha....

ye, aku tau asap rokok tu memang tak elok... aku pun tau sayur memang bagus untuk kulit... dan aku juga tau, air suam memang penting untuk kulit... tetapi adakah anda tau bahawa :
"aku juga seperti perokok-perokok lain. tak ada seorang pun perokok boleh berhenti merokok dalam masa 24 jam"
"aku memang tak makan sayur dari aku kecik lagi"
"aku dah minum air suam dengan banyak (coke lagi banyak kot. hehehe)"
so, aku pun redha dengan jerawat-jerawat yang ada sambil berhari raya di rumah aku sendiri.

hari raya pertama, aku selamat duduk di rumah.
hari raya kedua, aku masih lagi selamat duduk di rumah.
hari raya ketiga, aku dah tak selamat duduk di rumah. oh! mana taknya, rumah aku telah diserang oleh tetamu majlis cukur jambul untuk alesha dan open house family aku... aku pun mengambil langkah selamber badak melayan tetamu-tetamu yang ada (lantak korang la nak kira jerawat yang ada kat muka aku.. hahaha)

ni alesha...awek baru aku =) aku rindu dengan pipi dia...

pada masa inilah, isu ketiga iaitu isu kahwin telah timbul dengan terang-terangan. mak ai!!!
kalau hari raya pertama dan kedua, isu ini masih boleh dielak. makcik dan kazen mazen aku hanya tanya, "dah ada calon ke?" "bila nak kahwin?" "bila nak bertunang?" "bla bla bla dan bla bla bla"

tetapi isu ini semakin parah pada majlis cukur jambul dan open house family aku. kenapa parah? Sebab kali ni bapak aku sendiri yang tanya kat makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang datang ke rumah sama ada nak tak satukan anak dia orang dengan aku... hahaha... rasa zaman 60-an lak... klimaks kepada isu ini, apabila bapak aku telah bertanya kat seorang kazen aku (kazen jauh) nak ke tak kahwin dengan aku...nasib baik cantik... hahaha...dan aku hanya mampu menelan air liur...*gulp gulp gulp*

"kehadapan ayahanda yang tercinta, tahukah ayahanda bahawa anakanda baru je berumur 25 tahun... anakanda pun masih lagi study. ye, anakanda tahu, tahun depan memang anakandamu ini akan berkerja tetapi anakanda masih lagi ingin menjadi anakonda yang belum puas membuas. dalam erti kata lain, belum puas nak enjoy. lagipun ayahanda tercinta, anakanda rasa anakanda masih mampu untuk mencari calon sendiri. kat facebook tu banyak yang cantik-cantik. anakanda pun teringin nak jadi macam lagu najwa latif, cinta muka buku. hahahahaha" - monolog untuk ayahanda tercinta.

aku paham dan aku tahu kenapa bapak aku berbuat demikian :
  1. adik perempuan aku dah bertunang, tak lama lagi kahwin. so, turn aku bila pulak kan?
  2. bapak aku nak aku kerja kat sarawak. kalau aku kahwin dengan perempuan sarawak, sudah tentu aku menetap di sarawak...pandaikan bapak aku..hahaha
  3. bapak aku nak merapatkan kembali family-family dia kot...
  4. bapak aku tak nak melepaskan anaknya yang super duper hot ni kat orang lain yang dia tak kenal kot.... hahaha... yang ni memang perasan!!! abaikan yang nombor 4 ni..hahaha...
so, itulah kisah hari raya aku untuk tahun 2011 ni. macam-macam hal... isu jerawat tetap menghantui aku sehingga sekarang. tolong!!!! ni ada beberapa gambar family aku masa raya hari tu. ni je sempat aku curi dari kakak aku. hahaha...


yang tengah paling cantik...sorry sisters...hahaha




ni lah adik perempuan aku yang bertunang tu...

ni gambar dia masa hari pertunangan.
Selamat Bertunang. Sorry tak dapat datang sebab abangmu sedang sibuk di Kuala klawang.
hehehe... kepada sharul nizam, jaga adik aku elok-elok...


p/s : adik dah lepas. abang bila lagi?


Tuesday, September 13, 2011

:: 3 words, 8 letters ::

Good morning!
Korang apa khabar?
Lama tak jumpa korang kan...
Banyak entry aku nak tulis...
Pasal birthday, pasal raya...banyak la...
So, stay tune with rafizarahman@blogspot.com :)
(rasa deejay dave lak..hehe)

p/s : cantik tak gambar atas ni? letih aku buat...haha
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.