Friday, March 16, 2012

:: kepuasan ::

Apa kepuasan bagi korang semua?
Pekerjaan yang bagus?
Suami atau boyfriend yang handsome?
Isteri atau girlfriend yang cantik?
Makan makanan yang sedap?

Bagi aku, kepuasan adalah ketika shopping. HªHªHª Aku sangat puas kalau shopping. Aku ulang sekali lagi, SANGAT PUAS. Puas sebab :
1. Dapat baju yang cantik.
2. Dapat seluar yang menawan.
3. Dapat kasut yang elegan.
4. Dapat keletihan yang melampau.
5. Dapat resit yang banyak memenuhi tong sampah aku.
6. Dapat tengok akaun & wallet aku jadi kosong. ZERO. HªHªHª

Teringat aku dengan kejadian 4 tahun yang lepas, masa aku masih dok study kat uitm. Masa tu semester 1 lagi. Atas arahan yang sungguh kejam oleh komander aku, aku pun pergi satu kem ni. Kem untuk budak-budak Kesatria. Last night masa kem tu, budak-budak kesatria telah ditanya soalan sebegini :

"Jika korang mati esok, apa yang korang akan buat hari ini?"

Dengan suasana yang suram, seorang demi seorang menjawab. Antara jawapannya adalah :

Budak pertama : Saya akan minta maaf kat semua orang.

Budak kedua : Saya akan jumpa family saya & minta maaf kat semua orang.

Budak ketiga : Saya nak buat amal kebajikan & minta maaf kat semua orang.

Budak keempat : Jika saya mati esok, saya akan shopping puas-puas hari ni. Saya akan pergi semua mall yang ada.

(Jam seperti berhenti berdetik)

Kenal siapa budak keempat tersebut?? HªHªHª

p/s : ko makan la baju tu, ruff!!

No comments:

Post a Comment