Powered By Blogger

Sunday, June 13, 2010

:: bukan siapa-siapa ::

aku bukan siapa-siapa...
aku bukan anak dato', tan sri mahupun tun...
aku bukan anak raja mahupun kerabat diraja...
aku bukan artis, model, selebriti mahupun personaliti tv...
aku hanya manusia biasa...
aku hanya anak kepada abd rahman dan rajunah...
aku hanya ada nama aku, rafiza bin abd rahman...

jika aku mempunyai harta,
harta itu milik ayah dan mak aku...
jika aku mempunyai ijazah,
ijazah itu hanya sekeping kertas...
jika aku mempunyai rupa,
rupa itu hanya perhiasan sebentar sahaja...
jika aku mempunyai kepandaian,
kepandaian itu hanya sementara...
jika aku mempunyai keluarga,
keluarga aku suatu hari nanti akan pergi meninggalkan aku...
jika aku mempunyai kawan, sahabat & teman,
mereka juga akan pergi meninggalkan aku...
apa yang kau ada, rafiza?

aku hanya ada nama aku...
rafiza abd rahman...
aku hanya ada roh aku untuk bernyawa agar aku dapat terus berfikir...
aku hanya ada otak aku untuk berfikir...
aku hanya ada mata aku untuk melihat, menafsir dan berfikir...
aku hanya ada hidung aku untuk terus hidup agar aku dapat berfikir...
aku hanya ada mulut aku untuk berkata-kata dan mengunyah makanan agar aku terus hidup dan berfikir...
aku hanya ada telinga aku untuk mendengar, menafsir dan berfikir...
aku hanya ada tangan dan kaki aku untuk melakukan apa yang aku fikir...
itu sahaja yang aku ada...
nama dan diri aku...

aku bukan siapa-siapa...
aku hanya rafiza abd rahman...
tidak perlu takut kepada ku...
tidak perlu tunduk sembah kepada ku...
tidak perlu malu kepada ku..
tidak perlu merendah diri di depan ku...
tidak perlu mendabik dada di depan ku...

kita duduk dan asingkan diri kita...
tanya diri kita, apa yang kita ada?
duit, harta, rupa paras menawan, status, kepandaian...?
itu semua hanya milik Tuhan yang Esa....

jika kita tidak bernama dan tiada diri kita, apa yang kita ada...?
jika aku bukan rafiza bin abd rahman, siapakah aku...?


p/s :: hargai & terima diri kita seadanya sebelum kita menilai orang lain... =)


2 comments: