Friday, March 16, 2012
:: kepuasan ::
Pekerjaan yang bagus?
Suami atau boyfriend yang handsome?
Isteri atau girlfriend yang cantik?
Makan makanan yang sedap?
Bagi aku, kepuasan adalah ketika shopping. HªHªHª Aku sangat puas kalau shopping. Aku ulang sekali lagi, SANGAT PUAS. Puas sebab :
1. Dapat baju yang cantik.
2. Dapat seluar yang menawan.
3. Dapat kasut yang elegan.
4. Dapat keletihan yang melampau.
5. Dapat resit yang banyak memenuhi tong sampah aku.
6. Dapat tengok akaun & wallet aku jadi kosong. ZERO. HªHªHª
Teringat aku dengan kejadian 4 tahun yang lepas, masa aku masih dok study kat uitm. Masa tu semester 1 lagi. Atas arahan yang sungguh kejam oleh komander aku, aku pun pergi satu kem ni. Kem untuk budak-budak Kesatria. Last night masa kem tu, budak-budak kesatria telah ditanya soalan sebegini :
"Jika korang mati esok, apa yang korang akan buat hari ini?"
Dengan suasana yang suram, seorang demi seorang menjawab. Antara jawapannya adalah :
Budak pertama : Saya akan minta maaf kat semua orang.
Budak kedua : Saya akan jumpa family saya & minta maaf kat semua orang.
Budak ketiga : Saya nak buat amal kebajikan & minta maaf kat semua orang.
Budak keempat : Jika saya mati esok, saya akan shopping puas-puas hari ni. Saya akan pergi semua mall yang ada.
(Jam seperti berhenti berdetik)
Kenal siapa budak keempat tersebut?? HªHªHª
p/s : ko makan la baju tu, ruff!!
Thursday, March 8, 2012
:: wanita ::
Especially untuk mak aku. I love u, mak! Muah muah! Hehe
Kepada kakak-kakak & adik perempuan aku, sila belanja aku minggu ni, ok?
Kepada pensyarah-pensyarah, cikgu-cikgi, kazen mazen, kawan-kawan, bekas awek dan semua wanita di seluruh planet bumi ni, Selamat Hari Wanita jugak!
p/s : who run this mother?? - beyonce
Monday, March 5, 2012
:: main masak-masak ::
Ni semua home made, k..
Siapa masak?
Aku jugak...
Siapa makan?
Aku jugak... (& budak-bdak umah aku.heee)
Siapa kenyang?
Aku jugak...
Ada cucur ikan bilis, ada ayam masak kunyit, ada bubur ayam, ada roti hotdog... Semua ni aku yg masak... Jangan ingat aku pandai melawa je.. Eh, lawa ke? HªHªHª
Aku akan masak, bila :
1. Rajin menerjah ke dalam diri.
2. Aku 'jiwa kacau'.
3. Aku rasa nak makan favourite food.
4. Aku nak buat someone rasa special :
5. Aku lapar laaaaa... For sure la, kan...
Mee jawa tak keluar lagi! Hehe.. Sabau ye housemates ku...
p/s : makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.
Saturday, March 3, 2012
:: cinta = matematik ::
Ambil matematik tambahan tak masa sekolah menengah dulu? Ingat lagi (x+y), (x-y) (2x+y) = 0 ? Hahaha. Dulu aku pernah terfikir, nape la semua ni wujud. Nak kira apa je kan... Tapi biar je la... Benda dh lepas... Matematik tambahan aku pun dapat B... Ok la kan? Hahaha
Jom refresh balik :
(x+y) = 0
Masa awal perkenalan.
x = couple korang, y = korang.
Maka wujud la, x+y = 0
Time ni, 0 bermaksud korang happy je. Takde sedih-sedih.
Kemudian 2 bulan perkenalan.
Maka wujud la, 2(x+y)=0
Pada masa ni, 0 tu bermaksud korang masih happy.
Bila makin lama kenal, korang dah tau true color masing-masing. Maka wujud la pelbagai rumus.
Contohnya : (2x-y) (2x+1) = 3
Apakah maksudnya?
2x-y bermaksud couple korang dah tunjukkan perangai sebenarnya. Sayang pun dah kurang sebab tu ada simbol tolak (-). Korang (y) pulak masih sama seperti masa mula-mula kenal dulu.
2x+1 pulak bermaksud couple korang (2x) dah ada orang lain. Maksudnya, dia dah simpan orang lain (+1).
3 tu bermaksud jumlah korang mintak break. Hahaha
Banyak lagi rumus matematik. Aku x sentuh lagi yang ada sin, cos, pengamiran & bla bla bla... Kalau korang rasa bosan-bosan tu, sambung la lagi entry aku ni ye.
Kepada pembaca yang masih lagi belajar matematik tambahan kat sekolah tu, entry ni tak sesuai sangat untuk anda. Kang tak pasal-pasal, anda akan menjawab soalan matematik tambahan tu macam yang aku buat ni. Dont try this at home. Kang kena tampar laju-laju oleh cikgu korang kang!
Harap maklum.
p/s : (x+y)(x-y)=sin2x. Sin2x = 0. Maka, terputus la dua hubungan 2 orang pencinta. Jom la makan ayam mcd!