Powered By Blogger

Wednesday, August 17, 2011

:: kehendak ::

Hari ni, aku tak bersahur pun. Letihnyaaaa... Haus sangat-sangat...
Dah la mengajar tadi..
Rasa nak makan mcd. Tolong bawak aku g mcd, plz!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, August 10, 2011

:: hidup ::

"Jika aku ketawa, belum tentu aku gembira..
Jika aku menutup mata, belum tentu aku tidur..
Jika aku tersenyum, belum tentu aku tenang..
Dan semuanya jika..."

Bagi aku, hidup seperti keluk bar macam gambar di atas. Pemuzik akan mengarang muziknya di atas keluk bar. Jika pincang bunyi muziknya, dia akan mengubah not-not muzik tersebut. Kenapa? Tiada siapa pun di atas dunia ini mahu mendengar kepincangan muzik. Walaupun muzik heavy metal sekali pun, not-not muzik digabung supaya memberi kesan kepada pendengarnya.

Begitulah hidup. Semuanya sudah diatur, disusun, dikarang, dicanai, dibentuk, diwarna. Alangkah bagus kalau hidup kita, seorang manusia bebas seperti burung. Terbang ke sana, ke mari. Kadang-kadang aku ingin lari dari hidup sekarang. Cita-cita tersasar dari kerjaya. "Mungkin ada hikmah,ruff". Ya, mungkin. "Tapi aku hanya mahu merasa seperti orang lain merasa kepuasan memenuhi kehendak & minat mereka." "Life is unfair." Kadang-kadang. Manusia selalu mengambil kesempatan terhadap manusia lain. Kalau aku menjadi sebegitu, boleh ke?

Bila aku berkerja, aku ingin buat benda yang aku minat. Bila aku berpasangan, pasangan aku tak peningkan kepala aku. Ada tak teori kat atas dunia yang dapat menjaminkan itu semua. Jika ada, aku sanggup beli. Aku dah penat. Selamat malam.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, August 7, 2011

:: lampu raya VS wishlist ::

So, macam mana puasa hari ni?? Apa juadah berbuka tadi?

Aku berbuka kat rumah je hari ni. Tengok gambar juadah berbuka tu. Ada satay, karipap, cucur cempedak, cucur udang, murtabak. Ala kadar je. Hari ni tak boleh nak lebih-lebih. Kang tak siap kerja aku. Dah la esok pensyarah aku nak datang menilai. Arghhhhhhhhhh!

By the way, lampu raya a.k.a lampu lip lap lip lap dah gantung. Amacam? HªHªHª Raya in advance! Jap jap..nak pasang lagu dendang perantau jap.. HªHªHª

Malasnya nak siapkan lesson plan. Ada sesiapa nak tolong tak?? Aku bagi upah berbuka kat umah aku esok. HªHªHª

Oh, my wishlist... Nak :
a) dapat cemerlang untuk penilaian esok. (Harap-harap pensyarah aku tau kewujudan blog aku ni.hehe)
b) nak jumpa dia.
c) nak ipod.
d) nak ipad.
e) nak duduk, baring dengan suka hati. Tak yah buat kerja - yang ni confirm tak dapat ;(
e) nak nak nak semua..HªHªHª semua aku nak.. Boleh,kan?

Ok la..buku lesson plan aku tengah tunggu aku tu.. Urghhhh.. Chow.

p\s : aku nak birthday aku macam last year plz ;(


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, August 6, 2011

:: ramadhan ::

Salam semua..sedar tak sedar, dah nak seminggu kita puasa,kan? Dah masuk bulan ogos dah pun... HªHªHª Dan baru malam ni aku update blog aku pasal puasa. Sambil-sambil tu, meh dengar lagu raya - Kepulangan Yang Dinanti. HªHªHª

Hari ni, aku berbuka ala kadar kat Mcd je. Tiba-tiba aku craving nak makan fries. Ni semua sebab cite kat tv3 siang td. Tapi aku lupa lak tajuk cite tu. HªHªHª Habis je cite tu, aku pun ajak la Wan pergi ke Jusco. Sambil menunggu nak berbuka, kite orang tengok wayang citer The Hangover. Mak ai..giler r cite ni.. Sumpah lucu! HªHªHª korang dah tengok belum? Cepat gi tengok sekarang! Tapi saranan aku, korang tengok selepas berbuka je la. Tak pasal-pasal puasa korang kurang nanti kalau tengok time puasa. HªHªHª

Dari first day puasa sampai la berbuka tadi, aku teramat dan tersangat la nak makan mee jawa. Haish.. Kat seremban ni memang ada mee jawa tapi kureng la rasanya.. Aku nak mee jawa mak aku.. Boleh tak kalau aku pinjam dapur jiran aku sebab nak masak mee jawa??? HªHªHª

Haishhh...Tak sabar rasanya nak balik raya. Hari tu ingat tak nak balik.. Ingat nak raya kat _________ tapi takde respond.. HªHªHª so, dengan usaha yang kuat dan jitu, aku pun memujuk kakak ku untuk membeli tiket.. Dan akhirnya berjaya! HªHªHª "Oooooo, balik kampung..Ooooo, balik kampung..Ooooo, balik kampung..Hati girang.." HªHªHª

Kat rumah aku ni, lagu raya dah lama dah berkumandang.. HªHªHª Dari sebelum puasa lagi, memang dah pasang lagu raya. Bila dah masuk bulan puasa, makin menjadi-jadi la kite orang. HªHªHª Masa puasa hari ke 4 hari tu, aku, wan & jackie dah main bunga api & mercun dah. Kat mane kite orang beli?? Yang tu rahsia. HªHªHª Nanti susah lak kite orang nak cari stock. Hehehe.. Biar tak sempat beli juadah puasa, janji sempat main mercun. HªHªHª Dan hari ni pulak, aku & wan dah beli lampu raya dah untuk rumah ni. Muahahaha.. Lampu tu tak sempat gantung lagi. Dah gantung nanti, aku upload picture ek..HªHªHª Chow!

p\s : Ahlan Wasahlan ya Ramadhan. "Mungkin ini Ramadhan yang terakhir untuk kita. Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas dan yang terbaik untuk kita. Maaf jika ada terkasar, tersilap kata, terkhilaf perbuatan.​ Salam Ramadhan untuk semua" - Rafiza Ruff Rahman. Selamat Bersahur & Selamat Berpuasa :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.