Powered By Blogger

Wednesday, August 10, 2011

:: hidup ::

"Jika aku ketawa, belum tentu aku gembira..
Jika aku menutup mata, belum tentu aku tidur..
Jika aku tersenyum, belum tentu aku tenang..
Dan semuanya jika..."

Bagi aku, hidup seperti keluk bar macam gambar di atas. Pemuzik akan mengarang muziknya di atas keluk bar. Jika pincang bunyi muziknya, dia akan mengubah not-not muzik tersebut. Kenapa? Tiada siapa pun di atas dunia ini mahu mendengar kepincangan muzik. Walaupun muzik heavy metal sekali pun, not-not muzik digabung supaya memberi kesan kepada pendengarnya.

Begitulah hidup. Semuanya sudah diatur, disusun, dikarang, dicanai, dibentuk, diwarna. Alangkah bagus kalau hidup kita, seorang manusia bebas seperti burung. Terbang ke sana, ke mari. Kadang-kadang aku ingin lari dari hidup sekarang. Cita-cita tersasar dari kerjaya. "Mungkin ada hikmah,ruff". Ya, mungkin. "Tapi aku hanya mahu merasa seperti orang lain merasa kepuasan memenuhi kehendak & minat mereka." "Life is unfair." Kadang-kadang. Manusia selalu mengambil kesempatan terhadap manusia lain. Kalau aku menjadi sebegitu, boleh ke?

Bila aku berkerja, aku ingin buat benda yang aku minat. Bila aku berpasangan, pasangan aku tak peningkan kepala aku. Ada tak teori kat atas dunia yang dapat menjaminkan itu semua. Jika ada, aku sanggup beli. Aku dah penat. Selamat malam.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment