Powered By Blogger

Friday, October 28, 2011

:: tayut ::

Happy birthday kat my gumuk, my bambam, my tinta, , my mutuk, my tayut!!

Semalam, 27 oktober, birthday si ijan. 2 tahun dah umur si pipi besar ni. Geram aku tengok gambar-gambar dia. Aku rasa nak gigit pipi dia & adik dia, si alesha. Arghhhhhhh... Rasa nak balik sarawak pulak ;(

Hari ni pulak, 28 oktober, birthday adik perempuan aku. Happy Birthday to my lovely sis! All the best!

Sumpah, aku rindu anak-anak buah aku! Uncle rindu alu-alu aie..!! (Ni dialek melayu sarawak. Siapa yang faham, bagus la. Siapa yang tak faham, sila rujuk kawan-kawan anda yang berasal dari sarawak :)

p/s : tayut = cute (bahasa ngada-ngada)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

:: kalau... ::

kalau aku kata aku lapar, mesti korang suruh aku pergi makan...
Kalau aku kata aku haus, mesti korang suruh aku pergi minum...
Kalau aku kata aku pening, mesti korang suruh aku makan panadol...
Kalau aku kata aku sakit, mesti korang suruh aku pergi klinik...
Kalau aku kata aku rindu???

"Aku sudah tidak punya siapa-siapa"

p/s : ingat lagi gambar ni? ;(

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, October 22, 2011

:: newly wed ::

Taraaaaa...
Selepas 3 tahun, aku akhirnya kembali ke tampin. Lama aku tak ke sini. Tiba-tiba teringat memori lama. KLMJ! HªHªHª

Ok. Kenapa aku ke tampin? Adakah sebab nak main tenpin bowling? Oh, tidak sama sekali.

Tengok gambar-gambar kat atas, dah boleh agak kenapa aku ke tampin? Ye..ye..aku gi kenduri kahwin.. Dan sekali lagi, bukan aku yang kahwin, ok. HªHªHª

Selamat pengantin baru kepada rakan se-kpli, cikgu norain afzan dan suaminya, encik shafiq! Semoga kekal ke anak cucu.

Best pulak tengok orang kahwin. Aku rasa nak nyanyi lagu pengantin baru je tadi. Tapi takut pulak hujan. Habis majlis si ain tu nanti. HªHªHª

p/s : rasa nak kahwin lak :p
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, October 13, 2011

:: I want ::

I want to live in Ur eyes not as a dream but as a sight.
I want to live in Ur mind not as an idea but as a memory.
I want to live in Ur heart not as blood but as a beat.
I want to live in Ur body not as a soul but as a feeling.
I want to live in Ur life not as a friend but as a Reason of Living.

p/s : "3 words, 8 letters..say it & I'm urs"

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, October 9, 2011

:: halo ::

Korang tengok tak bulan kat luar tu sekarang (9 oktober, 11.30 malam)???
Cantik giler! Subahanallah... Seumur hidup aku, tak pernah lagi aku tengok kejadian ni. Ni la first time. Siapa tak tengok, memang rugi laaa...

Kalau nak tau, kejadian ini dipanggil Lingkaran Halo. Lingkaran halo adalah lingkaran putih atau berwarna atau lingkaran pelangi di sekitar benda angkas (misalnya bulan atau matahari). Lingkaran halo timbul kerana pemantulan dan pembiasan sinar bulan dan matahari oleh titik-titik wap air di udara.

Bila lapisan atmosfer bersuhu tinggi, akan berbentuk titik-titik wap air yang halus, sehingga terjadi halo putih, bila atmosfer bersuhu rendah, titik-titik wap air yang terbentuk cukup besar sehingga akan terjadi halo berwarna atau halo berlingkaran pelangi.

Kepada sesiapa yang nak berpacaran ke, nak bertunang ke, nak kahwin ke, cepat-cepatlah keluar dari rumah anda sekarang jugak. Ajak pasangan anda sekali ye. Lamarlah pasangan anda di bawah sinaran bulan sekarang. Hehe #sweet

p/s : "do you?" "I do"
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

:: thank u! ::

Waaaaaaa... Aku dapat hadiah! HªHªHª
Terima kasih kat semua anak-anak aku!
Susah-susah je. Macam-macam ada. Ada pizza, ada air kotak, ada towel, ada mug, ada pen, ada buku, ada kad.. Terima kasih ye... Cikgu akan jaga & simpan semua ni.

Kepada anak-anak ku :
"Saya tak minta semua hadiah ni. Tapi kalau diberi peluang, hanya satu je hadiah yang saya nak : awak semua menjadi orang yang berjaya."

p/s : rasa macam artis sekejap :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, October 8, 2011

:: kenangan ::



ahhhhhhhhhhh... leganya...

Semalam, 7 oktober, dengan rasminya aku dah berjaya menghabiskan 3 bulan praktikal di SK Klawang...
Terima kasih kepada semua warga SK Klawang...
Alhamdulillah...
tapi aku terpaksa berpisah dengan anak-anak aku...
mak ai, ramainya anak aku, kan... hahaha...
sekali lagi, aku ingin tegaskan di sini bahawa aku belum lagi berkahwin...
sekian, harap maklum... hahaha...

bila aku renung muka setiap anak-anak aku semalam, tiba-tiba hati aku terdetik "inilah kali terakhir aku berjumpa dengan mereka semua. entah bila, aku akan jumpa mereka lagi." Untuk kali terakhir, aku biarkan mereka bising. Ada yang berlari di belakang kelas. Ada yang berborak. Dan aku hanya memerhatikan gelagat mereka. Semuanya comel-comel belaka.

Aku pasti, aku akan merindui mereka semua ni. Aku pun lihat jam di tangan aku. 11.40 pagi. 25 minit lagi, aku bukan lagi pendidik untuk mereka. Untuk terakhir kalinya, aku minta mereka semua untuk duduk di tempat masing-masing. Seorang demi seorang nama mereka, aku sebut.

"Haziq, Aiman Farhan, Alya, Amir Haziq, Haizatul, Hifzan, Imran, Afiq Nasir, Azim, Alif Haziq, Azrul, Hazzirul, Afiq Ara, Aiman, Aqil, Redwan, Sharizal, Syazani, Balqis, Arisha, Faqihah, Hafizzudin, Hamizah, Marsitah, Shahmi, Dayana, Shahira, Shazwani, Harmira, Muslimah, Syuhada, Nasrin..."
(tidak lupa jugak kepada anak-anak aku yang berada dalam kelas 4 arif)

3 bulan aku bersama mereka.
3 bulan aku mendidik mereka.
3 bulan aku ketawa bersama mereka.
3 bulan aku melihat mereka.
3 bulan aku mendengar suara mereka.
Dan akhirnya, 7 oktober, aku terpaksa pergi.

"Jika saya marah, bukanlah bermaksud saya bencikan awak tetapi saya marah kerana saya sayangkan awak semua. "
"Jaga diri awak, ibu bapa dan keluarga awak. Belajar rajin-rajin. Cikgu sayang awak semua"


kepada kak zie, thank u so much!!!

kepada Guru Besar, terima kasih daun keladi, nanti terima saya lagi =)


p/s : dan air mata seorang lelaki pun terjatuh...

Tuesday, October 4, 2011

:: dalam ingatan ::

Cuba tengok betul-betul gamba di atas?
Ye, memang betul gamba air kotak. Tapi masihkah anda semua ingat program susu semasa anda di sekolah dahulu kala?? HªHªHª Inilah air susu kotak untuk program susu di sekolah pada zaman sekarang.

Wujud lagi rupanya program susu ni. Actually, susu ni bukan aku punya. Aku tumpang minum je untuk breakfast pagi ni. HªHªHª entah siapa punya dalam peti ais tu.. Kepada housemates aku : jika susu ni korang punya, aku nak korang tahu susu ni dah safely landed dalam usus aku. Terima kasih!! HªHªHª

Selamat pagi..!!!

p/s : teringat zaman-zaman kurang besar :) HªHªHª

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, October 3, 2011

:(

p/s : hurmmm...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.