Saturday, October 8, 2011

:: kenangan ::



ahhhhhhhhhhh... leganya...

Semalam, 7 oktober, dengan rasminya aku dah berjaya menghabiskan 3 bulan praktikal di SK Klawang...
Terima kasih kepada semua warga SK Klawang...
Alhamdulillah...
tapi aku terpaksa berpisah dengan anak-anak aku...
mak ai, ramainya anak aku, kan... hahaha...
sekali lagi, aku ingin tegaskan di sini bahawa aku belum lagi berkahwin...
sekian, harap maklum... hahaha...

bila aku renung muka setiap anak-anak aku semalam, tiba-tiba hati aku terdetik "inilah kali terakhir aku berjumpa dengan mereka semua. entah bila, aku akan jumpa mereka lagi." Untuk kali terakhir, aku biarkan mereka bising. Ada yang berlari di belakang kelas. Ada yang berborak. Dan aku hanya memerhatikan gelagat mereka. Semuanya comel-comel belaka.

Aku pasti, aku akan merindui mereka semua ni. Aku pun lihat jam di tangan aku. 11.40 pagi. 25 minit lagi, aku bukan lagi pendidik untuk mereka. Untuk terakhir kalinya, aku minta mereka semua untuk duduk di tempat masing-masing. Seorang demi seorang nama mereka, aku sebut.

"Haziq, Aiman Farhan, Alya, Amir Haziq, Haizatul, Hifzan, Imran, Afiq Nasir, Azim, Alif Haziq, Azrul, Hazzirul, Afiq Ara, Aiman, Aqil, Redwan, Sharizal, Syazani, Balqis, Arisha, Faqihah, Hafizzudin, Hamizah, Marsitah, Shahmi, Dayana, Shahira, Shazwani, Harmira, Muslimah, Syuhada, Nasrin..."
(tidak lupa jugak kepada anak-anak aku yang berada dalam kelas 4 arif)

3 bulan aku bersama mereka.
3 bulan aku mendidik mereka.
3 bulan aku ketawa bersama mereka.
3 bulan aku melihat mereka.
3 bulan aku mendengar suara mereka.
Dan akhirnya, 7 oktober, aku terpaksa pergi.

"Jika saya marah, bukanlah bermaksud saya bencikan awak tetapi saya marah kerana saya sayangkan awak semua. "
"Jaga diri awak, ibu bapa dan keluarga awak. Belajar rajin-rajin. Cikgu sayang awak semua"


kepada kak zie, thank u so much!!!

kepada Guru Besar, terima kasih daun keladi, nanti terima saya lagi =)


p/s : dan air mata seorang lelaki pun terjatuh...

7 comments:

  1. alahai... so suweeeeet. hihi.. tahniah la. ada la nmpak ciri2 kO gutu yg baik skrg. haha

    ReplyDelete
  2. HªHªHª apa gutu2? HªHªHª

    ReplyDelete
  3. HªHªHª..xde la sweet mane pun.

    ReplyDelete
  4. yes cikgu ruff bole la jar kt sekolah i lak lepas nie...

    ReplyDelete
  5. Tebas rumput boleh? HªHªHª

    ReplyDelete