Wednesday, November 2, 2011

:: unofficially ::

Hari ni, secara tidak rasminya, aku dah berjaya habiskan pengajian aku. Alhamdulillah. Tinggal final exam, kursus induksi sistem saraan malaysia (KISSM atau kami panggil kursus induksi selebriti-selebriti malaysia *perasan!*) dan interview SPP (suruhanjaya pegawai pendidikan @ selebriti pilihan penonton *perasan lagi!*)

Kelas aku dah habis!! Dah boleh bangun pukul 12. Dah boleh baring-baring sepenuh masa. Dah boleh ke sana ke mari. (Oh! Alangkah bagusnya jika "perkara itu" tidak berlaku)

Aku rasa nak balik sarawak je sekarang ni. Tapi tiket harga dadah pulak. Haish! Aku tak amik dadah okay. Aku pun tak tau harga dadah berapa. Orang-orang tua kat sarawak selalu samakan sesuatu yang berharga dengan harga dadah. Jadi, aku assume dadah tu mahal la. (Ini bukan isu penting! Isu sekarang aku nak balik sarawak. Aku nak raya kat sarawak. I have no one left here.)

Hujan renyai-renyai kat luar. Macam faham lak perasaan aku sekarang. Aku pun demam teruk sekarang. Dah nak seminggu macam ni. Apalah nasib aku lately ni??

"Whenever you are distressed, worried or confused, just close your eyes, take a deep breath and say: Oh Allah; I love You! I know its your plan, and I put my complete trust in you. You are with me always, and I will succeed because I have supplicated to you. Please protect me and bless me. Amin"

p/s : lupakan & mulakan.

2 comments:

  1. Get well soon. Sakit adalah penghapus dosa. Yes, lupakan dan mulakan.

    ReplyDelete