Powered By Blogger

Saturday, March 3, 2012

:: cinta = matematik ::

Tengah aku golek-golek atas katil aku yang macam katil hotel ni, aku cam nak merepek dengan rumus matematik.

Ambil matematik tambahan tak masa sekolah menengah dulu? Ingat lagi (x+y), (x-y) (2x+y) = 0 ? Hahaha. Dulu aku pernah terfikir, nape la semua ni wujud. Nak kira apa je kan... Tapi biar je la... Benda dh lepas... Matematik tambahan aku pun dapat B... Ok la kan? Hahaha

Jom refresh balik :
(x+y) = 0
Masa awal perkenalan.
x = couple korang, y = korang.
Maka wujud la, x+y = 0
Time ni, 0 bermaksud korang happy je. Takde sedih-sedih.

Kemudian 2 bulan perkenalan.
Maka wujud la, 2(x+y)=0
Pada masa ni, 0 tu bermaksud korang masih happy.

Bila makin lama kenal, korang dah tau true color masing-masing. Maka wujud la pelbagai rumus.

Contohnya : (2x-y) (2x+1) = 3
Apakah maksudnya?
2x-y bermaksud couple korang dah tunjukkan perangai sebenarnya. Sayang pun dah kurang sebab tu ada simbol tolak (-). Korang (y) pulak masih sama seperti masa mula-mula kenal dulu.
2x+1 pulak bermaksud couple korang (2x) dah ada orang lain. Maksudnya, dia dah simpan orang lain (+1).
3 tu bermaksud jumlah korang mintak break. Hahaha

Banyak lagi rumus matematik. Aku x sentuh lagi yang ada sin, cos, pengamiran & bla bla bla... Kalau korang rasa bosan-bosan tu, sambung la lagi entry aku ni ye.

Kepada pembaca yang masih lagi belajar matematik tambahan kat sekolah tu, entry ni tak sesuai sangat untuk anda. Kang tak pasal-pasal, anda akan menjawab soalan matematik tambahan tu macam yang aku buat ni. Dont try this at home. Kang kena tampar laju-laju oleh cikgu korang kang!

Harap maklum.

p/s : (x+y)(x-y)=sin2x. Sin2x = 0. Maka, terputus la dua hubungan 2 orang pencinta. Jom la makan ayam mcd!

3 comments: