Powered By Blogger

Tuesday, August 24, 2010

:: bersenang-lenang ::


alhamdulillah...inilah yang kita panggil rezeki bulan ramadhan...tengah aku duduk terpinga-pinga dalam pejabat tu, tetiba kawan aku, si Farid tu sms aku & bagitau aku, cek untuk kerja mengedit buku aku yang lepas dah siap....yay! time sengkek-sengkek ni, ada jugak rezeki masuk...tapi aku sengkek taklah sampai nak kena ikat perut...hahaha...buku kedua yang aku edit ni dah ada kat pasaran sekarang...hehehe....kalau korang nak tengok preview buku ni, silalah layari laman web www.millionairesplanet.com dan klik kat "Bersenang Lenang bersama Google".

kepada sesiapa yang berminat nak mengetahui dengan lebih mendalam mengenai Google, korang kena dapatkan buku ini sekarang! pelbagai aplikasi Google yang kita tak tahu selama ni, terdapat dalam buku ni....serius, korang kena dapatkan buku ni! bukan sebab aku nak lakukan buku ni tapi aku sendiri dah try aplikasi-aplikasi Google yang lain. Kita boleh download aplikasi Google secara free...ye la..sambil aku edit buku ni, aku try la jugak panduan yang ada dalam buku ni....sambil menyelam, minum coke, babe...heheh =)

ni lah serba sedikit mengenai buku "Bersenang Lenang Bersama Google"

"Buku ini memaparkan 10 rahsia magik aplikasi Google yang benar-benar memudahkan pengendalian urusan harian perniagaan anda, terutamanya yang berkaitan dengan ICT. Ia mendedahkan faedah terbaik yang ditawarkan oleh Google secara hands-on – iaitu lebih praktikal supaya pengguna yakin mencuba setiap langkah.
"

jangan lupa, dapatkan buku ni di kedai buku yang berhampiran dengan anda ok! kalau malas nak keluar, beli je secara online...al maklumlah bulan puasa kan...ada yang malas nak keluar...tapi kalau nak ke Bazar Ramadhan, bukan main rajin lagi korang nak pergi kan!!!! hahaha...aku pun macam tu jugak! hahaha...

p/s : carilah rezeki yang halal ye... =)

No comments:

Post a Comment