Powered By Blogger

Monday, November 14, 2011

:: exam vs psiko ::

Bila musim exam mengetuk pintu rumah, macam-macam gelagat kita masa belajar kan...

Ada yang belajar sambil makan.
Ada yang belajar sambil baring.
Ada yang belajar sambil tengok cermin.
Ada yang belajar sambil dengar lagu.
Ada yang belajar sambil merokok.
Ada yang belajar sambil berborak.
Ada yang belajar sambil berfacebook.
Bla bla bla bla...

Gelagat yang paling ditakuti adalah gelagat psiko. HªHªHª Ada macam-macam jenis orang yang psiko masa exam.
Jenis yang pertama : pelajar lain tengah belajar, tapi si psiko ni tengah relax-relax, tengok movie, pegi jalan-jalan walaupun esok nak exam. Bila semua orang dah tido, baru la si psiko akan belajar.
Jenis yang kedua : pelajar yang memang nampak dia tengah belajar tapi masa discussion, semua fakta dia akan keluarkan dengan penuh keyakinan. Pelajar lain akan takut dan terpegun tengok dia semasa berkata-kata! HªHªHª
Ada tak kawan-kawan korang yang ada gelagat psiko ni?? HªHªHª

Macam mana nak kenal orang psiko ni? Orang-orang psiko ni akan :
1. Berlagak cool walau esok nak exam.
2. Senyum tak lekang dari bibir walaupun tak belajar.
3. Masa exam, dia lah orang pertama keluar dari dewan exam.
4. Masa exam, dia lah orang yang selalu minta kertas jawapan.
5. Status kat facebook : "Esok exam ke? G jalan-jalan la dulu" atau "Selesai membaca buku super tebal" dan sewaktu dengannya.
6. Walaupun 10 minit lagi masa nak start exam, si psiko masih lagi membaca nota.
7. Semasa berborak-borak kosong, si psiko akan menyelitkan teori-teori apa yang dipelajari dengan isi kandungan perbualan. (Supaya nampak hebat)
8. Menampilkan senyuman yang paling manis dalam hidup selepas exam tamat.

Walau apa pun gelagat masa belajar, harap-harap apa yang dibelajar tu masuk la ke dalam otak. Ingat! Parents kita hantar kita kat tempat belajar, untuk belajar. Bukan terkejar-kejar kat shopping mall. HªHªHª

Kalau malas sangat tu, rebus je nota. Air rebusan tu, minum sebanyak 3 kali teguk. Tak pun, gantung nota kat lampu rumah. Nanti cahaya lampu tu menyuluhkan ilmu. HªHªHª

So, selamat belajar kepada semua calon-calon exam. Tak kira la kepada budak sekolah ke, spm ke, stpm ke, maktab ke, universiti ke... Jawab elok-elok la ye. Aku punya exam dah habis! Merdeka! Merdeka! Merdeka! :)

p/s : biar ilmu berat di bahu. Jangan mata ke atas, tangan di bahu :p

4 comments:

  1. untung la da merdeka. anyway, aku rasa ko pun sama masuk kategori psiko sbb ko asek berpesbuk je malam exam. *senyum tak berkata apa-apa*

    ReplyDelete
  2. hehe exam memang meggilakan semua orang :D

    ReplyDelete
  3. Kan...menggilakan org yg normal..HªHªHª

    ReplyDelete
  4. uit..join blog ku erk..huhu..ku br polah.ko sik mok ajar ku..

    ReplyDelete