Powered By Blogger

Tuesday, April 20, 2010

:: yang ku tau cinta itu indah ::

Hm..bila kita bercakap mengenai cinta, kita akan terkenang masa-masa indah ketika bercinta…bagi yang bercouple, wajah pujaan hati akan terbayang di mata..bagi yang single, mungkin saat-saat masa bersama dgn ex berlegar di kepala…walaupun banyak yang pahit, sikit yang manis tapi yang manis tetap dikenang..
Namun,benarkah cinta itu indah? Ada yang kurang setuju atau lansung tidak setuju? Lain orang, lain perspektif mengenai cinta..memang benar cinta itu indah..dan memang benar cinta itu menyakitkan…

Indah bila setiap detik dapat bersama dengan kekasih hati..
Sakit bila terpaksa berjauhan dengan pujaan hati…
Indah bila mendapat sms dari pengubat hati…
Sakit bila tidak mendapat sms dari orang yang dicinta..
Indah bila org yang dirindu menelefon kita..
Sakit bila kita tidak mendengar suara orang tersayang…
Indah jika pasangan kita hanya menyintai kita seorang…
Sakit jika kita tahu virus curang dalam hubungan kita…
Indah jika kamu menghargai aku..
Sakit jika kamu menghargai orang lain, bukan diriku…
Indah jika kau sedar cintaku…
Sakit jika kau hanya tahu aku pandai merajuk…
Indah jika ketika kita sakit, orang yang kita cinta menjadi jururawat..
Sakit jika ketika sakit, si dia tiada di sisi…
Indah bila kita menjadi juruawat dan pesakitnya adalah pasangan sendiri…
Sakit bila pesakit sudah sembuh dan terus meninggalkan kita…
Indah bila apa yang dihadiahkan oleh kita dipakai oleh kamu
Sakit bila hadiah itu hanya dilihat…

Kenapa kita tetap menerima cinta jika kita tahu cinta itu menyakitkan…betul,cinta itu lumrah kehidupan seorang manusia…setiap manusia dijadikan berpasangan..setiap manusia dilahirkan berperasaan cinta..cinta itu indah sebenarnya…tp kita, aku, kamu, kau atau manusia itu sendiri yang mencipta kesakitan dalam bercinta…ada orang suka kesakitan dalam bercinta..ada orang suka keindahan dalam bercinta…terpulang pada manusia itu…tapi sampai bila kita harus sakit? Sampai bila cinta itu tetap indah?

Tangisan, herdik mengherdik, maki hamun, gelak ketawa, gurau senda, bermanja-manja menjadi perasa dalam cinta..’hey,fuck you la..cam sial la ko ni’-pernah guna ayat ni ketika marah?ada orang mengguna ayat ini bila memarahi kekasih hati…’sayang,baby sayang kat sayang’-majoriti orang banyak mengguna ayat ini..tapi betul ke kita maksudkan ayat-ayat tersebut?bila kita rujuk perkataan cinta, bersesuaian atau tidak ayat tersebut?
Benarkah cinta itu betul-betul indah?nonsense! ruff,what happened to you?!! Nothing happened to me every readers…bagi aku, cinta itu kesakitan yang indah..siapa yang setuju? Bagi yang tahu apa yang berlaku dalam kisah cintaku, orang-orang ini akan bersetuju…
Mungkin ada segelintir orang selalu diherdik, dimaki oleh orang yang disayang…tapi “aku mengherdik kau sebab aku sayangkan kau..supaya kau tau apa kesalahan kau…supaya kau sedar, aku terlalu rindukan kau!” mungkin itu monolog bagi orang yang garang dengan pasangannya…teman-teman ku, pasanganmu memarahi teman-teman bukan kerana apa…tapi kerana perkataan cinta! Ruff, mane ade orang yang sempurna atas dunia ni..setiap orang pernah melakukan kesilapan..Ruff, aku suka kalau pasangan aku tersalah langkah..biar dia tahu, dunia ini bukan hanya ada warna putih..tapi pelbagai warna…

Aku setuju dengan anda-anda semua..sebab itu, bagi aku cinta itu kesakitan yang indah…walaupun kita disakiti, kita masih menerima si dia dengan tangan yang terbuka…si dara tetap menerima si teruna walaupun si teruna curang dengan si dara yang lain…si teruna tetap mencari si dara walaupun si dara sudah berubah hati… apa yang di tunggu lagi wahai si teruna? Bunga bukan sekuntum… kenapa terima si teruna itu kembali wahai si dara? Kumbang bukan seekor…rumitkan bila berbicara pasal cinta..C.I.N.T.A hanya ada lima huruf..huruf C digabung dengan huruf I, disambung dengan huruf N untuk disebut [cin] dan digabung dengan sebutan [ta] hasil gabungan huruf T dan A..lalu jadilah perkataan CINTA..hanya 5 huruf ini boleh membuatkan seseorang sasau, jiwa kacau, berilusi, gembira, ketawa, menangis, sedih, mabuk, rindu, sayang…hebatkan 5 huruf ini…kerana 5 huruf ini si polan bin si polah sanggup terima si dia kembali dalam hidupnya walaupun hatinya pernah hancur oleh kecurangan si dia..kerana 5 huruf ini si dia menangis melutut di kaki kau.. kerana 5 huruf ini, aku percaya ko memang untukku…kerana 5 huruf ini ayah dan ibu kita berkahwin..ye kan? Kalau tak, kau, kamu, aku, kita tidak wujud sekarang…

Tidak semua orang bahagia dalam bercinta…ada yang merana sebab kekasih yang dipuja tidak seperti apa yang diharapkan…hey, ko sendiri yang cari penyakit! Teman, sakit ini dapat mengajar kita bersabar, menguji cinta kita, membuat kita terfikir ‘cukup atau tidak apa yang kita pernah lakukan untuk si dia’..biar kita sendiri berhabisan, janji pujaan hati gembira…cinta ini untuk kita..jangan biar bersimpang wahai teman…biar ia lurus..biar sama-sama melangkah…jangan ditinggal pasangan kita…terima kasih teman….tetapi jika aku terpaksa berhenti, maafkan aku…aku tidak akan pernah berhenti bernafas..selagi aku masih bernafas, selagi itu pandangan aku tetap melihat kau melangkah…


* love note ni aku buat kira-kira 2 tahun lepas *

4 comments:

  1. gila panjang...jenuh mak nak baca ko nyer post ni nokkk oi!!.. haha

    ReplyDelete
  2. gila panjang...jenuh mak nak baca ko nyer post ni nokkk oi!!.. haha

    ReplyDelete
  3. mak nyah rupa nye ko ni ye! hahaha
    best x entry ni?

    ReplyDelete
  4. xtau la best x sb pnt nak baca.. haha... tgk jer skit2...pning pala aku baca.. huahuahua

    ReplyDelete